Pergerakan emas pada Selasa semalam lebih mendatar dan gagal memberikan arah yang jelas buat pelabur ketika sentimen pasaran dinilai masih berisiko.
Memacu nilai emas dalam pasaran, US dolar didagangkan suram walaupun sentimen risk-off kebiasaannya mendorong pengukuhan kepada raja mata wang itu.
Penganalisis berpandangan pasaran berwaspada menantikan terbitan minit mesyuarat FOMC untuk diteliti selepas nada hawkish disampaikan oleh Federal Reserve (Fed) susulan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas untuk kali keempat berturut-turut.
Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan harga masih mendatar di atas zon 1733.00 selepas harga susut ke sekitar tersebut ketika penurunan di awal minggu.
Menjadi penanda pergerakan harga untuk trend bearish apabila paras halangan Moving Average 50 (MA50) di rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut kekal mengekang harga untuk membuat kenaikan.
Situasi halangan tersebut bersambung pada hari ini (Rabu) walaupun terdapat sedikit kenaikan di awal sesi Eropah sementara pelabur kekal berhati-hati dengan pergerakan mendatar tersebut.
Sekiranya harga pamerkan penurunan lebih rendah, harga bakal susut menuju 1720.00 untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.
Penurunan yang dilanjutkan seterusnya dilihat akan ke zon 1700.00 dan 1680.00 yang merupakan zon tumpuan harga pada dagangan sebelum ini.
Sebaliknya jika harga membuat kenaikan semula, rintangan pada 1760.00 akan diuji sebelum zon tersebut berjaya ditembusi harga pada penurunan penghujung minggu lalu.
Berjaya melepasi zon tersebut akan mendorong harga menuju semula zon rintangan pada ketinggian 1785.00 yang telah dicapai minggu lalu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG