Dagangan emas mengalami sedikit penurunan pada nilainya di awal minggu, tidak meneruskan corak kenaikan yang dipaparkan pada penghujung minggu lalu.
Ini menunjukkan emas gagal memanfaatkan peluang untuk meningkat lebih tinggi ketika US dolar sedang pamerkan prestasi suram semalam.
Pasaran kini sedang menantikan pembentangan laporan dasar monetari oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di hadapan Kongres pada hari ini dan esok sebelum tumpuan seterusnya terarah pula pada laporan pekerjaan NFP pada Jumaat.
Jika diperhatikan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang berlegar di paras 1858.00 menunjukkan penurunan ke sekitar 1846.00 ketika menutup dagangan sesi New York.
Menyambung dagangan pada hari ini (Selasa), harga perlahan di sekitar 1850.00 turut bergelut di paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk memberi isyarat arah pergerakan selanjutnya.
Sekiranya harga terus kecundang susut lebih rendah, penurunan harga dilihat akan kembali menuju ke paras 1830.00.
Setelah terdapat faktor-faktor untuk trend bearish lebih jelas berlaku, harga akan dijangka untuk meneruskan penurunan ke sasaran support 1800.00 semula.
Namun jika kenaikan harga berjaya diteruskan kembali, harga bakal mencapai ketinggian pada 1870.00 untuk menguji zon rintangan tersebut.
Jika berjaya tembusi rintangan itu, kenaikan akan dilanjutkan pula menuju paras 1900.00 untuk rekod tertinggi terbaru 5 minggu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG