Pelabur emas menyaksikan pergerakan agresif pada harga komoditi itu pada dagangan sesi New York semalam susulan perubahan pada mata wang US dolar.
Setelah menyaksikan bank pusat Kanada juga turut menaikkan kadar faedah semalam sama seperti bank pusat Australia pada Selasa, telah menimbulkan persoalan sama ada Federal Reserve (Fed) juga mungkin akan membuat perkara sama pada mesyuarat FOMC minggu hadapan.
US dolar pada mulanya bergerak lemah di awal sesi New York, sebelum kembali kukuh semula menekan harga emas jatuh lebih parah sehingga ke penghujung sesi.
Pergerakan harga di terjemah pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Lonjakan awal berlaku sehingga harga capai paras 1970.00, namun suasana bertukar apabila harga terus berbalik arah membuat terjunan.
Penurunan tidak terhenti setakat 1950.00, malah turun lebih rendah hingga ke sekitar 1940.00.
Pergerakan harga kembali berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD mengisyaratkan trend bearish menuju penghujung minggu.
Ada lantunan yang dipaparkan di sesi Asia dan Eropah hari ini (Khamis), namun harga masih berada di bawah paras 1950.00.
Paras tersebut dilihat akan menjadi rintangan awal untuk diuji dan jika kenaikan diteruskan, halangan MA50 pula akan cuba ditembusi untuk isyarat perubahan trend semula buat emas.
Jika ketinggian 1970.00 semalam berjaya diatasi, zon 1980.00 dilihat sebagai tumpuan utama untuk harga tuju kembali.
Namun jika dagangan sesi berikutnya memperlihatkan corak terjunan harga semalam bersambung lagi, harga berkemungkinan akan menuju support minggu lalu sekitar 1932.00.
Dan sasaran untuk kejatuhan harga emas yang lebih rendah, paras 1900.00 akan akan menjadi paras penting bakal diuji dan reaksi harga di sekitar tersebut akan diperhatikan.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG