Emas susut nilai sehingga sekitar $40 pada dagangan Selasa semalam ketika pasaran memberi reaksi terhadap kenyataan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell dalam pembentangan laporan dasar monetari.
Isyarat hawkish oleh Powell untuk penetapan dasar oleh Fed telah mendorong pengukuhan US dolar dan menekan nilai emas jatuh dengan ketara di sesi New York.
Dijangkakan situasi kejatuhan emas bakal berterusan ketika menuju terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) di penghujung minggu.
Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan harga menjunam dari paras 1850.00 hingga ke paras 1812.00.
Pelabur sudah mula bersedia di sesi Eropah semalam ketika harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Penurunan harga dilihat akan kembali menguji paras sokongan minggu sebelum ini sekitar 1805.00 sebelum mencecah zon support 1800.00.
Lanjutan penurunan harga dilihat akan menuju sekitar 1780.00 terlebih dahulu sebelum menyambung turun ke sasaran tumpuan sebelum ini pada 1760.00.
Namun jika harga memaparkan lantunan semula, paras 1830.00 adalah yang terhampir akan diuji sebelum harga akan cuba melepasi semula halangan MA50.
Berjaya melepasi ke paras lebih tinggi akan memberi isyarat perubahan trend bullish semula buat emas dan bakal mencabar ketinggian dicapai awal minggu sekitar 1850.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG