Syarikat perbankan pelaburan gergasi Goldman Sachs telah mengeluarkan ramalan bahawa tiada kenaikan kadar faedah akan dilaksanakan oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat Mac.
Ini menyusuli situasi keruntuhan Silicon Valley Bank (SVB) minggu lalu kerana terkesan oleh kenaikan kadar faedah berterusan Fed sebelum ini.
US dolar alami penyusutan ketara dengan reaksi pasaran terhadap krisis tersebut selain bacaan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan suram pada Jumaat lalu.
Ketika US dolar ketara melemah, aset komoditi emas pula alami lonjakan nilai yang ketara sebelum penutup dagangan penghujung minggu lalu.
Ini dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Harga pada mulanya berlegar perlahan sekitar 1830.00 kemudiannya telah melonjak sehingga ke paras tumpuan 1870.00 pada penutupan sesi terakhir minggu lalu.
Menyambung dagangan di pembukaan awal minggu ini, harga mula dibuka di atas paras 1870.00 dengan kenaikan ke paras sekitar 1890.00.
Semakin menghampiri paras tumpuan 1900.00, kenaikan harga emas dijangka akan diteruskan menembusi rintangan tersebut sebelum melanjutkan pendakian ke paras tertinggi terbaru.
Sasaran seterusnya adalah zon ketinggian 1950.00 yang sbeelum ini dicapai harga pada dagangan penghujung Januari lalu.
Untuk jangkaan bagi kejatuhan semula harga, jika susut di bawah 1870.00, berkemungkinan harga akan menuju kembali ke paras 1830.00 ketika lonjakan harga bermula Jumaat lalu.
Penurunan lebih rendah boleh memberi petunjuk perubahan trend bearish semula untuk dagangan emas.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG