Keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi tadi telah menunjukkan kesan penyusutan lanjut buat mata wang US dolar menepati reaksi yang dijangkakan.
Selari dengan jangkaan pasaran sebelum ini, Federal Reserve (Fed) menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 5.00% dengan kenyataan susulan diperhatikan bernada dovish.
Pengerusi Fed Jerome Powell memberi isyarat hanya bakal ada satu sahaja lagi kenaikan kadar yang akan dibuat sehingga penghujung 2023 ini, menunjukkan fasa pengetatan dasar semakin menghampiri ke penghujungnya.
Namun, beliau menyatakan bahawa bank pusat tidak akan membuat pemotongan kadar faedah (cut rates).
Justeru, US dolar dijangka akan bergerak lemah untuk tempoh lebih panjang, namun situasi boleh berubah jika pasaran memberi reaksi terhadap perkembangan krisis perbankan global.
Euro terus manfaatkan ruang untuk bersinar cemerlang di samping pendekatan yang berbeza oleh European Central Bank (ECB) bberbanding Fed, dengan jangkaan akan meneruskan pengetatan dasar dalam melawan inflasi.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-fomc-hancurkan-usd
Carta harga pasangan mata wang EUR/USD paparkan lonjakan lebih tinggi ketika reaksi keputusan mesyuarat FOMC tersebut.
Harga pada mulanya mendatar perlahan di paras 1.08000 kemudiannya melonjak 100 pips menguji paras 1.09000 sebelum berundur semula.
Menutup dagangan penghujung sesi sekitar 1.085500, harga perlahan menyambung pembukaan pasaran sesi Asia pagi ini (Khamis).
Dengan corak kenaikan yang dipaparkan selama 5 hari berturut-turut, harga dilihat cenderung meneruskan kenaikan dan seterusnya bakal menembusi paras 1.09000 yang telah dicapai.
Kenaikan yang diteruskan akan mensasarkan paras 1.1000 untuk catatkan ketinggian terbaru 7 minggu.
Sebaliknya, jika harga berubah arah pada dagangan penghujung minggu, harga bakal susut semula menuju paras 1.08000 di kawasan lonjakan bermula ketika FOMC.
Penurunan lebih rendah akan memberi isyarat perubahan trend semula untuk menuju paras-paras tumpuan sebelum ini seperti 1.07000 dan 1.06000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG