Harga emas alami penurunan ketara pada Rabu semalam susulan pasaran memberi reaksi terhadap data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.
Bacaan data terbaru yang memberangsangkan telah meningkatkan permintaan terhadap mata wang US dolar sementara tarikan terhadap aset emas mula menurun.
Pergerakan menaik yang mendatar sepanjang Selasa lalu mula menunjukkan perubahan corak dengan terjunan deras harga ke paras terendah baharu.
Memerhati carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam, harga yang mendatar di sekitar paras 3330.00 kemudiannya telah menunjukkan penurunan drastik.
Sehingga ke penutup sesi New York, harga telah mencecah paras terendah baharu 4 minggu sekitar 3270.00 selepas mesyuarat FOMC berakhir.
Situasi berubah pada sesi Asia pagi ini (Khamis) dengan harga menunjukkan pemulihan semula ke sekitar 3300.00.
Namun pergerakan harga masih berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut yang memberi isyarat risiko kejatuhan lanjut harga.
Gagal melepasi paras 3300.00 berkemungkinan akan memperlihatkan penurunan lanjut emas ke paras rendah baharu 11 minggu.
Sasaran seterusnya bagi penurunan harga dijangka boleh mencecah sekitar 3200.00 jika corak bearish masih berterusan.
Namun jika kenaikan berlaku melepasi halangan MA50, harga emas akan menunjukkan potensi untuk pulih lebih tinggi.
Jika tarikan terhadap emas kembali meningkat, harga boleh mencapai semula sehingga ke paras 3400.00 selepas penurunan dari ketinggian tersebut minggu lalu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK