Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Emas dan perak melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa apabila pasaran meningkatkan jangkaan terhadap pengurangan kadar faedah AS dan ketegangan geopolitik menambah tarikan aset selamat, meletakkan kedua-dua logam pada landasan prestasi tahunan terkukuh sejak 1979.
Lonjakan ini didorong oleh jangkaan bahawa Federal Reserve akan melonggarkan dasar pada 2026, dengan kadar yang lebih rendah lazimnya menyokong emas dan perak, di samping sokongan daripada kelemahan dolar AS. Emas kini didagangkan pada paras dagangan $4,456.65 dan Perak didagangkan pada paras dagangan $68.65.
Permintaan berterusan daripada bank pusat dan aliran masuk ETF turut mengukuhkan kenaikan, ketika pelabur beralih daripada bon dan mata wang berikutan kebimbangan terhadap hakisan nilai akibat hutang global yang meningkat.
Ketegangan geopolitik termasuk sekatan minyak AS ke atas Venezuela dan serangan Ukraine terhadap aset Rusia meningkatkan permintaan terhadapa safe haven.
Bank-bank pelaburan kekal optimistik terhadap prospek harga pada 2026, dengan penganalisis menekankan bahawa asas permintaan jangka panjang yang semakin luas berpotensi mengekalkan sokongan harga walaupun turun naik jangka pendek berterusan.




















































