Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terus mengambil tindakan tegas terhadap individu yang ingkar arahan pemakaian tali pinggang keledar di dalam bas ekspres, apabila lebih 200 saman dikeluarkan sejak penguatkuasaan dilaksanakan bermula 1 Julai lalu.
Langkah penguatkuasaan tersebut diumumkan pada 29 Jun sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keselamatan pengguna pengangkutan awam.
Setiap kesalahan membabitkan kegagalan memakai tali pinggang keledar dikenakan kompaun sebanyak RM300 seorang, termasuk terhadap penumpang yang memberi alasan seperti “tidak tahu”, “tersangkut” dan “tali keledar tidak muat”.
Menurut JPJ, sebanyak 52 kesalahan direkodkan pada hari pertama operasi, manakala selebihnya dikesan di beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur, Terengganu dan Johor dalam operasi susulan.
Pihak berkuasa menegaskan, setiap pemandu dan penumpang yang gagal memakai tali pinggang keledar boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300, manakala pemandu yang tidak memberi peringatan kepada penumpang sebelum perjalanan turut boleh dikenakan tindakan bersama syarikat pengendali.
Pengarah JPJ Terengganu, Mohd Zamri Samion berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu pematuhan keselamatan dan menekankan bahawa ia merupakan tanggungjawab bersama antara pengusaha, pemandu dan penumpang.
Penguatkuasaan ini melibatkan semua bas yang dibina pada atau selepas 1 Januari 2020, manakala bas yang dibina sebelum tarikh tersebut akan diberikan tempoh masa untuk pemasangan semula kelengkapan keselamatan itu.
Sama macam naik bas, kalau tak bersedia, boleh terbabas. Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H sekarang!