Benarkah AS boleh ‘membeli’ tenaga Ukraine?
Dalam satu panggilan telefon pada Rabu lalu bersama Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mencadangkan agar AS memiliki loji kuasa nuklear Zaporizhzhia – loji tenaga nuklear terbesar di Eropah.
Terkejut dengan cadangan tersebut Zelensky dengan tegas menolak menegaskan bahawa loji tersebut adalah milik mutlak Ukraine.
Namun begitu, Zelensky tetap memberi bayangan bahawa Kyiv mungkin terbuka kepada pelaburan AS jika loji itu berjaya dirampas kembali dari Rusia.
Idea ini, yang disifatkan sebagai “luar biasa” oleh pegawai Ukraine, timbul ketika Trump mahu mempercepatkan penamatan perang.
Namun, pakar memberi amaran bahawa loji itu bukan sekadar tidak beroperasi, malah berada dalam keadaan kritikal dengan bekalan air semakin berkurangan.
Seorang penganalisis menyatakan bahawa loji tersebut dapat diibaratkan seperti biawak hidup – tidak berguna, tetapi tetap enggan dilepaskan.
Apakah langkah seterusnya? Adakah AS benar-benar mahu ‘membeli’ tenaga Ukraine – atau ini sekadar helah Trump untuk menggoncang rundingan perang?