Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mengejutkan dunia apabila secara terbuka menyelar Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang disifatkannya sebagai pemimpin yang sering berlagak mesra namun hanya menabur janji kosong berhubung usaha damai dalam konflik Ukraine.
Dalam mesyuarat Kabinet di White House yang turut disiarkan kepada media, Trump meluahkan rasa kecewa selepas perbualan telefon dengan Putin minggu lalu tidak membawa sebarang kemajuan dalam rundingan damai yang digerakkannya sejak kembali memegang kuasa.
Trump mendakwa AS sering dihujani maklumat palsu dan tidak konsisten dari pihak Kremlin, sekaligus menimbulkan keraguan terhadap keikhlasan Moscow dalam menyelesaikan konflik.
Susulan itu, beliau mengumumkan kelulusan penghantaran sistem peluru berpandu Patriot ke Ukraine, meskipun pentadbiran AS sebelum ini dilapor mempertimbangkan untuk menggantung penghantaran senjata kerana kekurangan stok.
Trump turut menegaskan bahawa Putin tidak memperlakukan manusia dengan baik dan bertanggungjawab terhadap kematian ramai orang.
Justeru itu, beliau mengarahkan agar senjata pertahanan dihantar ke Ukraine dan menggesa industri pertahanan AS meningkatkan kadar pengeluaran.
Sementara itu, Kremlin menempelak tindakan Washington sebagai langkah yang hanya akan memanjangkan peperangan, dan menegaskan bahawa penghantaran senjata tidak membantu sebarang usaha ke arah penyelesaian damai.
Trump turut dikhabarkan sedang meneliti rang undang-undang sekatan baharu terhadap Rusia yang dibentangkan di Senat dan dijangka membuat keputusan dalam masa terdekat.
Nampaknya tiada lagi kemesraan Trump untuk Putin.
Atau ini hanyalah sebuah wayang untuk mengalihkan perhatian dunia dari perkara yang lebih penting?
Sama macam politik, dunia trading pun penuh kejutan. Jangan tunggu ‘bullshit’ jadi kenyataan. Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil! Klik link untuk mula bersama H24H!