Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menggesa Hamas supaya menerima cadangan “terakhir” bagi pelaksanaan gencatan senjata selama 60 hari di Gaza yang dirangka bersama perantara dari Qatar dan Mesir, dalam usaha terbaharu menghentikan pertumpahan darah di wilayah itu.
Menerusi kenyataan di media sosial, Trump memaklumkan bahawa wakilnya telah mengadakan pertemuan yang disifatkan sebagai produktif bersama pegawai kanan Israel, dan mengesahkan bahawa Israel telah bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan bagi memuktamadkan perjanjian tersebut.
Beliau menyuarakan harapan agar Hamas menerima cadangan berkenaan demi kestabilan Timur Tengah, sambil menegaskan bahawa tawaran itu adalah peluang terbaik yang ada kerana keadaan hanya akan menjadi lebih buruk sekiranya ia ditolak.
Trump dijadual bertemu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, di White House pada minggu hadapan bagi membincangkan kemajuan rundingan serta perjanjian pembebasan tebusan sebagai pertukaran kepada gencatan senjata.
Cadangan tersebut merangkumi pembebasan separuh daripada tebusan yang masih ditahan di Gaza, pertukaran dengan banduan Palestin serta pemulangan mayat rakyat Palestin.
Namun begitu, syarat utama Israel agar Hamas dilucutkan senjata kekal menjadi halangan utama, memandangkan Hamas menegaskan tidak akan meletakkan senjata.
Konflik di Gaza tercetus susulan serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023 yang mengorbankan lebih 1,200 orang dan menyebabkan 251 individu dijadikan tebusan.
Serangan balas Israel selepas itu dilaporkan mengorbankan lebih 56,000 rakyat Palestin dan mencetuskan krisis kemanusiaan yang berlarutan hingga kini.
Namun persoalan utama terus berlegar iaitu mengapa hanya Hamas diarahkan untuk meletakkan senjata, sedangkan tuntutan serupa tidak dikenakan terhadap Israel yang turut terlibat dalam serangan berskala besar di Gaza?
Ketidakseimbangan ini mencetus persoalan tentang kredibiliti Trump sebagai perantara damai apabila rundingan yang adil seharusnya menekan kedua-dua pihak, bukan hanya satu.
Nak kuasai strategi hadapi situasi pasaran tak menentu macam ni? Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!