Bitcoin kembali menghampiri AS$82,000 pada Khamis selepas jatuh di bawah AS$80,000, manakala XRP merosot di bawah sokongan AS$1.35 hingga AS$1.38 susulan tekanan jualan pasaran kripto.
Tekanan tercetus selepas inflasi PPI AS meningkat 6.3% pada September, mengatasi jangkaan 5.3%, manakala PPI teras naik kepada 5%.
Data CPI AS yang mencatatkan inflasi 3.7% turut meningkatkan kebimbangan terhadap hala tuju kadar faedah Fed dan menekan aset berisiko.
Bitcoin Pulih Ke AS$82,000, Hampir AS$1 Bilion Posisi Kripto Dilikuidasi
Bitcoin kembali pulih menghampiri AS$82,000 selepas merosot ke sekitar AS$79,800 susulan penerbitan data inflasi pengeluar Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan.
Ketika artikel ini ditulis, harga Bitcoin didagangkan pada AS$82,106 menysuut 0.03% sejak pembukaan sesi Asia pada Jumaat.
Paras AS$80,000 hingga AS$81,500 kekal sebagai zon sokongan penting, disokong tumpuan pesanan belian di pasaran spot Binance dan anggaran kos pemerolehan purata ETF Bitcoin spot AS sekitar AS$81,500.
Bagaimanapun, pasaran kripto mencatatkan likuidasi sekitar AS$930 juta dalam tempoh 24 jam, dengan kira-kira AS$780 juta melibatkan posisi beli (long).
Bitcoin merekodkan likuidasi sekitar AS$214 juta, manakala Ethereum mencatatkan jumlah tertinggi antara aset utama pada AS$286 juta.
Jika Bitcoin gagal bertahan di atas AS$80,000, tekanan jualan berpotensi meningkat dan harga boleh menguji sokongan seterusnya berhampiran AS$78,000.
XRP Hilang Sokongan AS$1.35, Tekanan Jualan Berterusan
XRP merosot ke sekitar AS$1.31 selepas menembusi zon sokongan AS$1.35 hingga AS$1.38, dengan penurunan 5% dalam tempoh 24 jam dan 6.3% sepanjang minggu.
Ketika artikel ini ditulis, harga XRP didagangkan pada AS$1.3335 positif 0.03% sejak pembukaan sesi Asia pada Jumaat.
Paras AS$1.32 kini menjadi tumpuan, apabila kegagalan untuk kembali melepasi tahap tersebut boleh meningkatkan risiko penurunan lanjut.
XRP juga berada kira-kira 64.1% di bawah paras tertinggi sepanjang masa AS$3.65.
Tekanan jualan dipercayai berpunca daripada likuidasi posisi berleveraj atau jualan berterusan oleh pemegang aset.
Jika penurunan didorong oleh likuidasi, XRP berpotensi pulih apabila tekanan jualan paksa reda.
Namun, jualan berterusan boleh memanjangkan penurunan.
Pergerakan harga dan aliran jual beli dalam sesi seterusnya akan menjadi petunjuk penting untuk menentukan sama ada XRP mampu melantun atau terus melemah.
INTRADAY OUTLOOK
Bitcoin perlu mengekalkan sokongan AS$80,000 hingga AS$81,500 untuk mengurangkan risiko penurunan ke arah AS$78,000.
Bagi XRP, kegagalan mendapatkan semula paras AS$1.32 boleh mengekalkan tekanan jualan selepas kehilangan zon sokongan AS$1.35 hingga AS$1.38.
Nak tingkatkan ilmu trading dengan lebih tersusun?
Jom sertai INTRADAY Education di Telegram untuk dapatkan perkongsian pendidikan trading, info kelas dan bahan pembelajaran yang boleh bantu anda terus konsisten dan berjaya sebagai trader.
Tekan link di bawah dan join sekarang.
👉 JOIN CHANNEL INTRADAY EDUCATION: https://t.me/+rQtA4_qQXAI5MDE1




















































