Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Harga emas dibuka tinggi melebihi rekod tertinggi sepanjang masa melebihi $4,670 berikutan sokong momentum hasil tekanan Presiden AS Donald Trump yang mengenakan tarif ke atas lapan negara Eropah akibat menentangnya dalam pengambilalihan Greenland.
Pada jam 9.40 pagi, harga emas berada pada paras $4,658 iaitu naik 1.32% sejak ia dibuka pada awal dagangan Isnin di sesi Asia.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan pelaksanaan tarif sebanyak 10% ke atas barangan import dari beberapa negara Eropah termasuk Denmark, Sweden, Perancis, Jerman, Belanda dan Finland, selain United Kingdom (UK) serta Norway, berkuat kuasa 1 Februari.
Langkah itu dikaitkan dengan tuntutan agar AS dibenarkan membeli Greenland, sekali gus mencetuskan kebimbangan ketegangan perdagangan rentas Atlantik.
Pengumuman tersebut meningkatkan risiko tindakan balas dari Eropah, mendorong pelabur beralih kepada aset selamat seperti emas berikutan ketidaktentuan dasar perdagangan global yang semakin memuncak.
Dalam perkembangan berkaitan, duta-duta Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad mencapai persetujuan awal untuk memperhebatkan usaha diplomatik bagi menghalang pelaksanaan tarif tersebut.
Pada masa sama, EU turut bersiap sedia dengan langkah pembalasan sekiranya duti berkenaan tetap diteruskan oleh Washington.
Namun begitu, sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh perkembangan data ekonomi Amerika Syarikat yang lebih kukuh. Peningkatan prestasi pasaran buruh AS telah mengurangkan kebarangkalian tersirat bagi pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) dalam tempoh terdekat.
Niaga hadapan dana Fed kini menunjukkan jangkaan pemotongan kadar telah dianjak ke Jun dan September, berbanding unjuran awal pada Januari dan April. Perubahan ini mencerminkan pandangan bahawa Fed berkemungkinan mengekalkan kadar faedah yang lebih tinggi untuk tempoh lebih lama.
Keadaan tersebut secara amnya menyokong pengukuhan dolar AS (USD), namun pada masa sama memberi tekanan kepada aset tidak berfaedah seperti emas, meskipun permintaan terhadap aset selamat kekal disokong oleh risiko geopolitik dan perdagangan global.



















































![[Trivia] Apa Mata Wang Kripto Pertama Wujud Sebelum Bitcoin?](http://intraday.my/wp-content/uploads/2023/02/crypto_1672800010904_1674751796201_1674751796201.webp)





