Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Suruhanjaya Eropah bercadang melanjutkan penggantungan pakej sebagai langkah balas perdagangan EU terhadap AS bernilai 93 bilion euro selama enam bulan lagi.
Pakej tersebut sepatutnya berkuat kuasa pada 7 Februari sekiranya tidak dilanjutkan, namun kekal digantung susulan persetujuan perdagangan bersama EU-AS pada Ogos 2025. Langkah balas ini pada asalnya disediakan ketika rundingan perdagangan antara EU dan AS masih berjalan pada tahun lalu.
Ancaman tarif baharu oleh Presiden Donald Trump ke atas beberapa negara Eropah menjadikan pakej itu sebagai instrumen tekanan sekiranya ketegangan perdagangan meningkat.
Bagaimanapun, penarikan balik ancaman tarif oleh AS membuka ruang kepada EU untuk kembali menumpukan perlaksanaan kerjasama perdagangan dua hala.
Suruhanjaya menegaskan bahawa walaupun langkah balas digantung, EU masih boleh mengaktifkannya semula pada masa hadapan jika keadaan memerlukan.





















































