Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Dolar AS melemah apabila pemain pasaran global memasuki fasa mengelak risiko susulan ancaman tarif baharu Presiden Donald Trump terhadap Eropah, yang mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan perang perdagangan.
Pelabur beralih kepada aset selamat seperti franc Switzerland, manakala euro dan pound mendapat sokongan daripada aliran keluar daripada dolar AS, meskipun tarif secara lazimnya memberi tekanan kepada mata wang Eropah.
Corak ini mengingatkan episod tahun lalu, apabila ketidaktentuan dasar dari Washington secara konsisten melemahkan dolar AS dan dalam masa yang sama meningkatkan risiko global.
Waima begitu, penganalisis memberi amaran bahawa status dolar AS sebagai aset selamat tidak mudah terhakis, memandangkan saiz dan kecairan pasaran kewangan AS yang sukar ditandingi.
Di Asia, yen Jepun kekal tertekan akibat ketidaktentuan politik domestik dan risiko rangsangan fiskal yang lebih besar, mengekalkannya hampir kepada paras yang berpotensi mencetuskan campur tangan rasmi.
Akhir sekali, sentimen risiko yang rapuh menekan mata wang kripto, manakala yuan China mengukuh selepas data pertumbuhan memenuhi sasaran kerajaan dan penetapan kadar yang lebih kukuh oleh bank pusat.



























































