Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Pendakwa Raya Manhattan, Alvin Bragg, mendesak kerajaan negeri New York meluluskan CRYPTO Act bagi membanteras jenayah berkaitan mata wang kripto.
Di bawah undang-undang baharu ini, mana-mana perniagaan yang menukar, menghantar atau berdagang kripto tanpa lesen boleh didakwa sebagai jenayah.
Jika jumlah transaksi mencecah $1 juta, pesalah boleh berdepan hukuman penjara antara 5 hingga 15 tahun.
Senator Negeri New York, Zellnor Myrie, yang memperkenalkan rang undang-undang tersebut, berkata langkah ini amat penting kerana rakyat biasa semakin kerap menjadi mangsa penipuan kripto.
“Penipuan ini berlaku hampir setiap hari, dan mangsanya ialah warga New York yang bekerja keras,” katanya.
Pihak berkuasa turut mendedahkan bahawa banyak mesin ATM kripto yang beroperasi secara haram untuk aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram, skim pelaburan palsu dan pelbagai jenis scam.
Bragg percaya bahawa dengan kelulusan CRYPTO Act, pihak berkuasa akan mempunyai kuasa lebih kuat untuk menutup ATM kripto tanpa lesen dan membanteras rangkaian jenayah yang mengeksploitasi teknologi kewangan digital.

























































