Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Bitcoin jatuh di bawah paras $70,000 buat kali pertama sejak November 2024, terkesan oleh penjualan besar-besaran aset berisiko yang turut melanda pasaran kripto global.
Aset digital itu telah merosot kira-kira 17% pada minggu ini, meletakkannya di landasan prestasi mingguan terburuk sejak November 2022, dengan Ethereum dan Solana turut mencatat kejatuhan dua angka.
Pemerhati pasaran memberi perhatian kepada paras $70,000 sebagai aras psikologi utama, dengan penganalisis memberi amaran bahawa kegagalan mempertahankannya boleh membuka ruang kepada penurunan ke julat $60,000 hingga $65,000.
Penurunan harga dipacu oleh kejatuhan saham teknologi AS, ketidaktentuan logam berharga, serta gelombang pelupusan paksa bernilai lebih $2 bilion dalam pasaran kripto.
Data turut menunjukkan permintaan institusi semakin menyusut, dengan ETF AS juga melakukan dan bitcoin menembusi purata pergerakan 365 hari. Ini secara tidak langsung mencetuskan risiko penurunan lanjut.

























































