Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Siasatan Jabatan Kehakiman AS terhadap Federal Reserve dan ulasan keras Pengerusi Jerome Powell telah meningkatkan kebimbangan pasaran mengenai kebebasan bank pusat AS.
Powell menyifatkan siasatan itu sebagai usaha politik untuk mempengaruhi dasar monetari, dengan Presiden Trump terus menekan Fed agar menurunkan kadar faedah dengan lebih agresif.
Pasaran bertindak balas yang secara tidak langsung melemahkan US dolar. Disisi lain, emas mencatat kenaikan, hasil bon jangka panjang meningkat dan saham AS tertekan, mencerminkan kegusaran terhadap campur tangan politik.
Penganalisis memberi amaran bahawa tekanan terhadap Fed boleh membawa akibat tidak disengajakan, termasuk jangkaan inflasi lebih tinggi dan kos pembiayaan yang meningkat.
Walaupun sesetengah pihak menjangka Fed akan kekal berasaskan data, episod ini menandakan risiko baharu kepada keyakinan pelabur terhadap institusi AS.
















































