Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook baru-baru ini mengukuhkan kedudukannya dalam Nike dengan membeli saham bernilai kira-kira $3 juta.
Langkah ini sekali gus menggandakan pegangan peribadi beliau dalam syarikat kasut gergasi tersebut.
Pelaburan itu dibuat atas kapasiti peribadi dan bukannya bagi pihak Apple.
Cook yang telah lama menyertai lembaga pengarah Nike sejak 2005, dilihat tetap yakin dengan prospek jangka panjang syarikat itu meskipun sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran besar.
Nike kini bergelut untuk mengekalkan jualan di China disebabkan oleh persaingan sengit daripada jenama tempatan seperti Anta dan Li Ning.
Strategi harga lebih rendah dan pemasaran yang agresif oleh jenama-jenama China ini mula mengancam kedudukan Nike di pasaran utama dunia.
Pada tahun 2026, Nike perlu segera mengubah strategi pemasaran dan memperkenalkan inovasi produk baharu bagi mengekalkan kredibilitinya sebagai peneraju industri barangan sukan.
Kegagalan berbuat demikian akan memberi kelebihan kepada pesaing lain yang kini sedang pesat mengukuhkan kedudukan mereka.
Sebelum ini, Anta dan Li Ning dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mengambilalih jenama Puma, sekali gus meningkatkan dimensi persaingan dalam industri barangan sukan.
Pelaburan Cook dilihat sebagai tanda keyakinan yang teguh terhadap Nike atau mungkin satu langkah strategik dalam menghadapi risiko pasaran.
Nike tidak boleh lagi bersandarkan kepada reputasi masa lalu. Pasaran masa kini menuntut inovasi dan kecekapan yang melampaui sekadar nama besar. Jika tidak, mereka akan terus ditekan oleh pesaing yang lebih lincah dan agresif.























































