Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump baru-baru ini melancarkan Strategi Siber Nasional yang memberi isyarat jelas bahawa kripto dan blockchain kini berada di bawah radar perlindungan kerajaan Amerika Syarikat.
Untuk pertama kali dalam sejarah strategi keselamatan siber AS, teknologi mata wang kripto disebut secara eksplisit sebagai sesuatu yang perlu dilindungi dan diperkukuhkan, menandakan pengiktirafan rasmi terhadap peranan pentingnya dalam ekonomi digital masa depan.
Namun, dokumen enam halaman ini bukan sekadar memberi harapan kepada peminat kripto.
Beberapa kenyataan juga memberi bayangan bahawa kerajaan mungkin akan bertindak tegas terhadap aktiviti haram berkaitan kripto, termasuk penggunaan privacy coins, crypto mixers, dan laluan kewangan tidak terkawal yang membolehkan wang digital dipindahkan tanpa pengawasan.
Selain itu, strategi ini turut umum cabaran teknologi masa depan.
Ancaman komputer kuantum terhadap keselamatan Bitcoin dan blockchain diambil serius, dengan kerajaan merancang mempercepatkan penggunaan post-quantum cryptography untuk memastikan sistem digital kekal selamat daripada serangan teknologi tinggi di masa depan.
Trump juga menekankan bahawa Amerika mesti terus menjadi kuasa utama dalam dunia siber.
Dari keselamatan AI hingga pembangunan generasi baru tenaga kerja siber, strategi ini bukan sahaja bertujuan melindungi teknologi hari ini, tetapi juga mempersiapkan negara untuk cabaran digital esok.

























































