Bitcoin masih mengekalkan struktur pemulihan selepas berjaya bergerak di atas beberapa paras kos utama, walaupun harga susut sekitar 2% kepada AS$84,400 susulan peningkatan hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat.
Ketika artikel ini ditulis, harga Bitcoin didagangkan pada AS$84,243 menyusut 0.17% sejak pembukaan sesi Asia pada Khamis.
Menurut Glassnode, pemulihan terbaru Bitcoin menjadi lebih signifikan apabila harga kembali berada di atas True Market Mean sekitar AS$77,000 serta paras kos pemegang jangka pendek atau Short-Term Holder (STH) Cost Basis.
AS$84,000 Jadi Paras Penting Bitcoin
Glassnode turut mendapati sebahagian besar pegangan pemegang jangka panjang mempunyai kos sekitar AS$84,000 hingga AS$85,000.
Keadaan ini menjadikan kawasan tersebut penting untuk menentukan sama ada momentum pemulihan Bitcoin dapat dikekalkan.
Jika Bitcoin mampu bertahan di atas AS$84,000, laluan ke rintangan lebih tinggi masih terbuka. Sebaliknya, penurunan di bawah paras tersebut boleh menyebabkan harga kembali menguji sokongan sekitar AS$77,000.
AS$95,000-97,000 Jadi Ujian Besar
Glassnode mengenal pasti AS$96,700 sebagai rintangan utama seterusnya berdasarkan metrik mean MVRV price.
Pada masa sama, kedudukan dalam pasaran opsyen menunjukkan tumpuan besar sekitar AS$95,000, menjadikan kawasan AS$95,000 hingga AS$97,000 sebagai ujian penting sekiranya Bitcoin meneruskan kenaikan.
Kedudukan dealer dalam pasaran opsyen juga boleh mempengaruhi pergerakan Bitcoin apabila menghampiri kawasan tersebut, berpotensi mengehadkan momentum sebelum harga mencapai AS$96,700.
Pengambilan Untung Masih Rendah
Walaupun Bitcoin telah meningkat dan ramai pemegang kini berada dalam keuntungan, Glassnode mendapati aktiviti pengambilan untung masih jauh lebih rendah berbanding ketika Bitcoin mencatat puncak pada 2024 dan 2025.
Hampir semua pemegang jangka pendek kini berada dalam keuntungan, yang bermakna tekanan jualan boleh meningkat sekiranya mereka mula mengambil keuntungan.
Namun setakat ini, pengambilan untung masih belum menunjukkan tahap agresif yang biasanya dilihat ketika pasaran menghampiri puncak.
Menurut Glassnode, selagi pengambilan untung kekal rendah, Bitcoin masih mempunyai ruang untuk meneruskan kenaikan.
Kenaikan Altcoin Tidak Banyak Disokong Leverage
Pemulihan pasaran juga semakin meluas kepada altcoin apabila sekitar 72.5% altcoin yang dipantau mengatasi prestasi Bitcoin dalam tempoh seminggu.
Pada masa sama, peningkatan open interest dalam kontrak niaga hadapan altcoin masih terhad sepanjang 30 hari lalu dan kurang daripada separuh pasaran yang dipantau menunjukkan pertambahan posisi.
Keadaan ini menunjukkan kenaikan lebih banyak didorong oleh pembelian spot, berbanding penggunaan leverage yang tinggi.
Struktur sebegini mengurangkan risiko berlaku gelombang forced selling secara besar-besaran sekiranya berlaku pembetulan mendadak.
INTRADAY OUTLOOK
Bitcoin masih menunjukkan struktur pemulihan yang positif selagi harga bertahan di atas AS$84,000.
Jika momentum kembali menguat, kawasan AS$95,000 hingga AS$97,000 menjadi sasaran dan rintangan utama untuk diperhatikan.
Namun, kegagalan mempertahankan AS$84,000 boleh membuka ruang kepada pembetulan menuju AS$77,000.
Pengambilan untung yang masih rendah memberi ruang kepada kenaikan, tetapi tekanan jualan berpotensi meningkat apabila Bitcoin menghampiri rintangan utama.
HUSTLE24HOUR kini dibuka!
Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.
👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM Â
HUSTLE24HOURÂ ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.






















































