XRP kembali susut apabila momentum belian semakin lemah, dengan modal pasaran kripto dilihat beralih kepada Bitcoin dan aset utama yang lebih menjadi pilihan pelabur institusi.
Ketika artikel ini ditulis, harga Bitcoin didagangkan pada $1.5055 menyusut 0.72% sejak pembukaan sesi Asia pada Isnin.
XRP turun sekitar 1.05% kepada AS$1.53, menyebabkan kenaikan mingguan sederhana kepada sekitar 11%.
Dalam tempoh 24 jam, jumlah dagangan XRP turut merosot sekitar 43.6% kepada AS$2.64 bilion, menunjukkan minat belian semakin berkurangan.
Modal Institusi Lebih Tertumpu Kepada Bitcoin
Pergerakan XRP berlaku ketika Bitcoin terus menerima sokongan daripada aliran dana institusi.
ETF spot Bitcoin merekodkan aliran masuk lebih AS$2.4 bilion sepanjang minggu lalu, manakala produk ETF XRP mencatat aliran masuk sekitar AS$22.65 juta.
Walaupun aliran masuk ETF XRP kekal positif, jumlah tersebut masih belum mencukupi untuk mengimbangi tekanan jualan dan kelemahan sentimen dalam pasaran XRP.
Keadaan ini menunjukkan berlaku putaran modal, apabila pelabur lebih cenderung menumpukan dana kepada Bitcoin berbanding altcoin seperti XRP.
XRP Gagal Lepasi AS$1.60
Dari sudut teknikal, XRP sebelum ini menguji kawasan AS$1.60 tetapi gagal menembusi paras tersebut.
Kawasan ini dilihat sebagai zon bekalan penting selepas sekitar 2.5 bilion XRP pernah didagangkan pada paras tersebut. Kegagalan menembusi AS$1.60 menyebabkan harga kembali ditekan ke sekitar AS$1.53.
Namun, penurunan kali ini tidak menunjukkan ciri jualan panik. Sebaliknya, kejatuhan volume menunjukkan pembeli masih belum mempunyai keyakinan yang mencukupi untuk menolak harga lebih tinggi.
Escrow 1 Bilion XRP Jadi Perhatian
Perhatian pasaran turut tertumpu kepada pelepasan 1 bilion XRP daripada escrow pada 1 Oktober.
Pelepasan tersebut tidak bermakna kesemua XRP akan terus dijual ke pasaran, namun peningkatan jumlah bekalan yang tersedia boleh mempengaruhi sentimen pelabur sekiranya pasaran melihatnya sebagai potensi tekanan jualan.
Reaksi harga dan volume selepas pelepasan tersebut akan menjadi penting untuk menentukan kekuatan permintaan XRP.
XRP Ledger Terima Kemas Kini
Dalam perkembangan lain, XRP Ledger telah mengeluarkan xrpld 3.4.1 bagi membaiki isu berkaitan fungsi Batch serta meningkatkan kestabilan rangkaian.
Menurut pembangun, isu tersebut tidak menjejaskan mainnet dan tiada dana hilang. Versi baharu turut memperkenalkan pindaan fixBatchV1_2, yang kini merekodkan kadar konsensus sekitar 94.29%.
Validator dan pengendali nod digalakkan untuk menaik taraf kepada versi terkini.
INTRADAY OUTLOOK
XRP dijangka kekal dalam julat AS$1.50 hingga AS$1.60 dalam jangka pendek dengan momentum masih sederhana selepas gagal menembusi rintangan AS$1.60.
Selagi AS$1.50 bertahan, harga masih berpeluang menguji semula AS$1.60, manakala penembusan di bawah AS$1.50 boleh membuka ruang ke arah AS$1.40.
Aliran ETF, putaran modal ke Bitcoin dan jangkaan pelepasan escrow 1 bilion XRP pada 1 Oktober akan menjadi antara faktor utama yang mempengaruhi sentimen seterusnya.
HUSTLE24HOUR kini dibuka!
Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.
👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM Â
HUSTLE24HOURÂ ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.























































