3 Faktor Ini Undang Lonjakan Stellar Lumens (XLM), Atasi Prestasi Bitcoin (BTC) Dalam 24 Jam

160

Dalam rekod 24 jam, Stellar Lumens (XLM) mencatatkan peningkatan harian hampir 11%, sekaligus mengatasi prestasi harian Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH).

Seperti yang dilaporkan oleh Stellar Development Foundation (SDF), pergerakan positif ini membuktikan Stellar berkembang pesat bagi suku ketiga 2021.

Rincian pertumbuhan Stellar setakat ini boleh dilihat seperti berikut:

  • Jalinan kerjasama dengan firma gergasi perkhidmatan pembayaran, MoneyGram.
    • Integrasi ini membolehkan pengguna untuk menghubungkan wallet mereka dengan platform runcitan global syarikat tersebut, dan manfaatkan dana tunai serta pembayaran dalam USD Coin (USDC).
  • Stellar sebagai aset perantara untuk pelancaran matawang digital bank pusat (CBDC).
    • Dilaporkan SDF sudah menerbitkan whitepaper yang memperhalusi bagaimana Stellar direka bagi tujuan pelancaran CBDC.
    • Rangkaian ini mungkin akan menjadi pilihan penubuhan CBDCs dari kalangan negara Kesatuan Eropah, negara membangun di Africa, termasuk negara-negara lain pada masa akan datang.
  • Penerapan protokol.
    • Satu undian akan dilaksanakan bagi tujuan mengundi penerapan protokol yang akan memberinya fungsi Automated Market Makers (AMM).

Melalui dorongan oleh beberapa faktor ini, XLM nampaknya bersedia untuk melonjak lebih tinggi pada suku keempat 2021.

Ketika penulisan, CLM didagangkan pada $0.38, meningkat 9.21% dalam 24 jam. Aset ini perlukan lonjakan sekurang-kurangnya lebih 60% untuk menyentuh semula paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.94 yang direkod pada 2018.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat