5 News & Event Besar Tumpuan Pasaran Minggu Ini (13 Nov – 17 Nov)

62

Selepas daripada pergerakan pasaran yang agak perlahan minggu lalu dengan tidak banyak data-data ekonomi penting yang dikeluarkan, minggu ini dijangka akan menjadi lebih menarik. Pasaran minggu ini akan berhadapan dengan lebih banyak data-data ekonomi penting khususnya data inflasi daripada ekonomi utama dunia.

Selain itu, ramai ahli-ahli bank pusat yang akan berucap minggu ini terutamanya dari Federal Reserve. Pasaran sudah tentu akan tertumpu kepada komen mereka tentang kenaikan kadar faedah pada Disember.

Berikut adalah senarai data dan event ekonomi penting yang akan diberi perhatian oleh pasaran:

1. Data inflasi Amerika Syarikat

Harga pengguna (CPI) atau Indeks Harga Pengguna US akan dikeluarkan pada Rabu pukul 9.30 malam. Pasaran menjangkakan data ini meningkat 0.1% (bulanan, m/m), manakala Core-CPI dijangka naik 0.2%. Dari segi tahunan Core-CPI dijangka naik 1.7%. Sasaran inflasi Fed adalah 2%.

Kenaikan inflasi pada Rabu akan menjadi pemangkin kepada kenaikan kadar faedah Fed pada Disember.

2. Data inflasi United Kingdom

Pejabat Statistik Kebangsaan UK akan mengeluarkan data harga pengguna (CPI) untuk bulan Oktober pada Selasa pukul 5.30 petang. Penganalisis menjangkakan CPI (tahunan, y/y) mencapai paras tertinggi 3.1% dari 3% sebelum ini.

Dari laporan inflasi ini, pelabur juga akan fokus kepada data kadar gaji dan pengangguran pada Rabu. Selain itu, terdapat juga ucapan oleh ahli-ahli bank pusat (BoE) iaitu Jon Cunliffe dan Ben Broadbent.

3. Data inflasi Zon-Eropah

Zon-Eropah juga akan mengeluarkan data inflasi (CPI) pada Khamis pukul 6 petang. Jangkaan pasaran adalah kenaikan 1.4% (tahunan, y/y) kekal daripada bacaan sebelum ini.

ECB (European Central Bank) juga mensasarkan capaian inflasi di paras 2% sama seperti The Fed.

Data yang lebih signifikan iaitu Core-CPI dijangka akan jatuh ke paras terendah lima bulan lalu di 0.9%.

ECB pada bulan lalu telah mengatakan bahawa mereka merancang untuk mengurangkan amaun pembelian bon kepada 30 billion euro bermula Januari 2018. Namun, lanjutan pembelian bon sehingga September itu masih lagi boleh dilanjutkan mengikut kenyataan yang dikeluarkan.

4. Data inflasi Kanada

Kanada juga akan mengeluarkan data inflasinya pada Jumaat pukul 9.30 malam. Data dijangka meningkat 0.1% bulan lalu (m/m), manakala dari segi tahunan (y/y) dijangka naik 1.4%.

Bank of Canada mengekalkan kadar faedahnya bulan lalu selepas menaikkan kadar faedah dua kali berturut-turut pada Julai dan September.

5. Konferens ECB

Presiden ECB Mario Draghi, Pengerusi The Fed Janet Yellen, Gabenor Bank of England (BoE) dan Haruhiko Kuroda (BoJ) akan menjadi tumpuan pasaran pada Selasa dalam konferens yang berlangsung di Frankfurt.

Perbincangan panel-panel penting ini akan berkisat tentang perubahan polisi, cabaran dan peluang dalam menyampaikan komunikasi bank pusat..

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat