$50 Bilion Matawang Kripto Dipindahkan Dari China

593

Di dalam kegawatan ekonomi dunia, matawang kripto menjadi sasaran berikutan trend positif matawang kripto seperti Bitcoin dan DeFi token, YFI.

Hari ini dilaporkan lebih daripada $50 bilion matawang kripto telah dipindahkan daripada dompet kripto berpangkalan di China kepada beberapa negara lain.

Urusan pemindahan matawang itu dikatakan berlaku pada tahun lepas, menunjukkan kemungkinan pelabur China telah memindahkan sejumlah wang keluar dari negara itu melebihi kadar yang dibenarkan.

Untuk pengetahuan, masyarakat China hanya dibenarkan untuk membeli matawang asing maksimum bernilai $50,000 di mana-mana institusi kewangan setiap tahun.

Menurut firma forensik blockchain, Chainalysis, pemegang matawang kripto menggunakan stablecoin, Tether untuk memindahkan wang mereka. Stablecoin adalah matawang kripto yang bertujuan untuk mengekalkan nilai yang stabil.

Justeru, dengan menggunakan stablecoin nilai matawang kripto tidak akan berubah kerana berlakunya pemindahan wang.

Dalam tempoh 12 bulan lalu, sebanyak $18 bilion Tether telah dipindahkan dari Asia Timur ke negara-negara lain. Chainalysis menolak jika berlakunya perpindahan keseluruhan aliran keluar modal.

Pada masa yang sama, laporan turut menunjukkan berlakunya kemuncak pergerakan Tether berdasarkan beberapa kejadian semasa. Kemuncak pertama berlaku pada Oktober, ketika pemerintah China, Xi Jinping menunjukkan sokongan terhadap blockchain.

Kemuncak kedua berlaku pada pertengahan Mac, ketika harga bitcoin mula pulih.

Chainalysis beranggapan tindakan pelabur memindahkan sejumlah wang ke luar China berikutan daripada keadaan Amerika Syarikat (AS) dan China yang sedang berhadapan dengan kehilangan ekuiti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat