6 Fasa Ke Arah Pemulihan Ekonomi, Malaysia Kini Sudah Di Tahap Ke-4

314

Semalam telah berlangsungnya acara Invest Malaysia 2020 di Kuala Lumpur. Seperti yang sedia maklum, Malaysia kini sedang berada di dalam fasa keempat iaitu pemulihan (recovery) Covid-19 berdasarkan 6 fasa strategi yang dikemukakan oleh pihak kerajaan dalam perancangan untuk mengukuhkan semula kestabilan negara.

Strategi yang diperkenalkan bertujuan untuk mengukuhkan semula kesan ekonomi dan kesihatan akibat daripada wabak yang telah melumpuhkan negara.

1. Ketegasan (Resolve)
Melibatkan undang-undang yang dikenakan sepanjang pengawalan penularan wabak COVID-19 seperti pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2. Ketahanan (Resilience)
Kerajaan telah mewujudkan Pakej Ransangan Ekonomi PRIHATIN untuk memastikan kemampuan rakyat dan ekonomi.

3. Jana Semula (Restart)
Ekonomi mula dibuka secara teratur dan terkawal.

4. Pemulihan (Recovery)
Kerajaan melaksanakan strategi pemulihan ekonomi dalam menghadapi norma baharu seperti keputusan pemotongan OPR oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

5. Memperkasa (Revitalise)
Ekonomi akan dikukuhkan secara keseluruhan demi memastikan kelangsungan untuk tempoh masa yang panjang.

6. Menyusun semula (Reform)
Struktur ekonomi akan disusun semula bagi membolehkan negara dan rakyat memulakan era kehidupan baharu dengan wujudnya ‘norma baharu’ atau ‘new normal’.

Sementara itu, Menteri Kewangan Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di acara Invest Malaysia 2020 semalam, menjelaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia dilihat berkembang secara positif menjelang 2021, bergantung kepada kejayaan berterusan Malaysia dalam menangani Covid-19.

 

Anda mungkin juga berminat