6 Peraturan Penting Untuk Jadikan Trading Anda ‘Power’!

4,313

Trading yang ‘power’ tidak semestinya yang sentiasa mendatangkan keuntungan. Sebaliknya, kerugian yang dialami dalam strategi perencanaan trading yang dibuat merupakan boleh menentukan trading anda adalah berjaya atau sebaliknya.

Senarai di bawah menunjukkan 6 peraturan penting untuk menjadikan trading anda berjaya.

1. Sentiasa ikuti Trading Plan anda

Sentiasa patuh kepada trading plan yang telah anda rangka. Trading plan merupakan satu set peraturan yang memfokuskan bilakah trader akan masuk, keluar serta bagaimana strategi pengurusan wang dibuat untuk setiap posisi dagangan.

Gunakan strategi backtesting untuk membantu anda mendapat idea trading dengan melihat data sejarah harga terdahulu. Keuntungan yang diperoleh daripada trading yang dibuat dengan tidak mengikut trading plan dianggap trading yang ‘buruk.’

2. Anggap trading seperti suatu perniagaan 

Jika ingin pergi ke tahap lebih profesional, jangan menganggap trading sebagai hanya sekadar hobi, anda perlu menganggapnya sebagai sebuah perniagaan yang memerlukan komitmen yang melibatkan perbelanjaan, kerugian, cukai, ketidaktentuan, stres dan risiko.

Sebagai trader, anda sebenarnya dianggap sebagai seorang peniaga kecil yang perlu merencanakan strategi untuk memaksimalkan potensi perniagaaan anda.

3. Melindungi modal trading anda

Melindungi modal trading anda dengan tidak mengambil risiko yang tidak sepatutnya adalah suatu yang kritikal. Tapi bukanlah bermaksud anda tidak boleh mengalami sebarang kerugian pada modal trading.

Malah dalam proses pembelajaran, setiap trader pasti akan melalui fasa kehilangan modal namun anda perlulah melindunginya dengan sebaik-baiknya dan semaksimal mungkin.

4. Hanya merisikokan jumlah yang anda mampu tanggung

Sebelum meletakkan sejumlah wang, pastikan semua wang yang berada pada akaun trading anda merupakan wang yang boleh dibelanjakan untuk trading sahaja. Jangan sesekali menggunakan wang yang penting untuk kegunaan seperti untuk membayar hutang ataupun yuran sekolah anak anda.

Jika tidak, anda hanya akan menambahkan lagi tekanan dan kecenderungan untuk anda membuat keputusan berdasarkan emosi semata-semata tanpa berfikiran secara rasional.

5. Sentiasa menggunakan Stop Loss

Stop Loss merupakan jumlah risiko yang anda sanggup atau jangkakan akan dialami untuk setiap posisi dagangan dalam sesebuah trading. Trading yang berakhir dengan stop loss masih dianggap trading yang baik walaupun mengalami kerugian.

Stop loss akan mengehadkan risiko yang bakal dialami serta melindungi modal anda daripada kehilangan begitu sahaja ketika pergerakan pasaran tidak memihak kepada strategi dagangan anda.

6. Mengetahui masa yang patut untuk anda berhenti trading

Terdapat dua petanda untuk anda berhenti trading iaitu apabila trading plan menjadi tidak efektif dan sikap trader yang sudah tidak efektif.

Apabila trading plan menjadi tidak efektif, ia akan mengakibatkan kerugian yang lebih besar dan anda perlu segera merangka semula trading plan yang baru.

Trader pula menjadi tidak efektif apabila tidak lagi mengikut rancangan yang dibuat, jika berhadapan dengan hal ini anda mungkin perlu berundur terlebih dahulu dan kembali semula dalam pasaran di masa yang lebih sesuai.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat