6 Rangkaian Kripto Ini Curi Perhatian World Economic Forum (WEF)

1,319

World Economic Forum (WEF) menunjukkan minat terhadap teknologi kripto dalam laporan komuniti yang diterbitkan baru-baru ini.

Organisasi antarabangsa yang berpangkalan di Switzerland itu memberi perhatian terhadap beberapa rangkaian kripto yang berpotensi tinggi dengan penyediaan kadar transaksi laju per saat.

Cardano (ADA)

Sebagai rangkaian blockchain yang berasaskan sumber terbuka Proof-of-Stake (PoS), Cardano mampu menampung 257 transaksi per saat.

Terbaru, rangkaian itu sedang dalam peralihan untuk memperkenalkan kontrak pintar menjelang penghujung hard fork Alonzo.

XRP Ledger (XRPL)

XRPL adalah rangkaian bagi token natif, XRP. Rangkaian ini mampu menjalankan sebanyak 1,500 transaksi per saat dengan kadar kos yang murah, $0.0003 bagi setiap transaksi.

Solana (SOL)

Solana mewujudkan kadar transaksi yang laju dengan kebolehan pengasingan ketika penggunaan protokol berkembang tanpa kebergantungan terhadap sistem lapisan-2 atau sharding.

Dilaporkan rangkaian ini mampu memproses sebanyak 50,000-65,000 transaksi sesaat pada kos yang lebih rendah, $0.00001.

Celo (CELO)

Menurut WEF, Celo dibangunkan untuk membantu pengguna telefon pintar menghantar, menerima, dan menyimpan wang.

Celo dikatakan memiliki tempoh tutup lejar kira-kira 5 saat dengan pemprosesan 1,000 transaksi sesaat.

Algorand (ALGO)

Sama seperti CELO, ALGO juga mampu menampung 1,000 transaksi per saat dan tempoh tutup lejar sekitar 5 saat.

Algorand juga dianggap salah satu pesaing terdekat Ethereum (ETH) selain Solana.

Stellar Lumens (XLM)

Stellar menghadkan lejar hanya pada 1,000 operasi per lejar. Dengan tempoh lejar ditutup setiap 5 saat, XLM hanya menjalankan sebanyak 250 transaksi per saat.

Sebelum ini, WEF ada mendedahkan 8 matawang kripto yang berpotensi tinggi dalam laporannya bagi terbitan Jun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat