8 Matawang Kripto Ini Berpotensi Tinggi Menurut World Economic Forum (WEF)

2,607

World Economic Forum (WEF) telah mengeluarkan laporan berkaitan matawang kripto bagi terbitan Jun.

Laporan tersebut bukan sahaja menyentuh perkara asas tentang matawang kripto dan blockchain, tetapi juga turut menyenaraikan beberapa matawang kripto yang diperakui skalabilitinya dan dipercayai berpotensi besar untuk jangka masa yang lama.

Walaupun sektor kripto terutama Bitcoin (BTC) menerima pelbagai kritikan bermula dengan kritikan oleh Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Janet Yellen, gabenor bank pusat Jepun Haruhiko Kuroda, dan terbaru, pengarah CPB Netherlands Pieter Hasekamp, WEF berpendapat sebaliknya.

Menurut organisasi tersebut, matawang kripto ini memiliki potensi besar dari aspek kebolehan menangani sejumlah besar transaksi di rangkaian masing-masing:

  1. Bitcoin
  2. Ethereum
  3. Algorand
  4. Cardano
  5. Celo
  6. XRPL
  7. Solana
  8. Stellar

Dengan sentimen negatif mengelilingi sektor kripto, WEF sudah awal-awal lagi membuat rincian panduan lengkap terbaru berkaitan transaksi, dApps, sistem pentadbiran, skalabiliti dan pertimbangan dalam perundangan khusus untuk individu, golongan profesional.

“Matawang kripto telah mengubah corak aktiviti perdagangan, transaksi dan interaksi di talian, sekaligus menjadi sangat penting untuk peneraju teknologi meneroka sendiri inovasi ini,” jelasnya.

WEF merupakan sebuah organisasi antarabangsa NGO yang berpangkalan di Switzerland. Ia ditubuhkan pada Januari 1971 dengan objektif mahu meningkatkan keadaan dunia dengan melibatkan perniagaan, politik, akademik dan pemimpin komuniti untuk membentuk agenda global, serantau dan industri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat