6,000 Pensyarah Diberhentikan Berikutan Masalah Kewangan Universiti Awam

1,064

Prof Datuk Dr Mohd Idrus, Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MACC) mendakwa bahawa hampir 6,000 pensyarah termasuk Profesor diberhentikan dan tidak disambung kontrak perkhidmatan sejak tahun lalu.

Hal ini kata beliau berikutan universiti awam yang mengalami masalah kewangan selepas pengurangan bajet oleh kerajaan sebelum ini. Hal ini telah memaksa pihak pengurusan universiti tidak menyambung kontrak pensyarah.

Beliau berkata, kini hanya tinggal lagi 29,000 penyarah universiti awam berbanding 35,000 sebelum ini.

Memetik dari Berita Harian semalam, “Pihak universiti tiada pilihan selain terpaksa mengurangkan jumlah kakitangan akademik yang diambil secara kontrak dan sementara.

“Ada universiti terpaksa membekukan pengambilan kakitangan pentadbiran untuk mengurangkan kos, malah ada juga universiti memutuskan untuk tidak memperbaharui atau mengambil staf akademik walaupun secara kontrak atau sementara”, kata Mohd Idrus.

Namun, tidak sampai sehari dakwaan ini dibuat, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tampil menjelaskan bahawa hanya 2,000 pensyarah sahaja yang diberhentikan sejak 2012, di mana jumlah itu tidak hanya tertumpu kepada pemberhentian atas sebab tertentu sahaja, tetapi juga merangkumi pensyarah yang pencen dan tidak disambung kontrak.

Sebelum ini The Star juga melaporkan Univerisiti Malaya adalah yang teruk terjejas disebabkan pemotongan bajet kepada universiti awam.

Universiti Malaya telah menerima peruntukan kerajaan sebanyak RM638 juta pada 2015, dan dipotong sebanyak 27.3% tahun lalu dan terbaru tahun ini peruntukan tersebut dipotong lagi sebanyak 20.2%,

Memetik kenyataan Aznijar seorang pensyarah di Fakulti Kejuruteraan UM, beliau menyifatkan pemotongan bajet ini sebagai ‘tidak adil’ kerana kerajaan sepatutnya sentiasa mengutamakan pendidikan.

Tambahnya lagi, pemotongan ini sudah sampai ke satu tahap di mana menjejaskan operasi universiti.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat