9 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (29 Jan – 2 Feb 2024)

818

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

SELASA (30 Januari 2024):

Data Keyakinan Pengguna AS (11.00 Malam) – Ramalan peningkatan pada angka tinjauan keyakinan pengguna di Amerika boleh memberi gamaran ekonomi negara itu semakin baik. Mata wang US dolar juga berpotensi untuk semakin pulih.

Data Pekerjaan JOLTS (11.00 Malam) – Pasaran akan meneliti jumlah tawaran pekerjaan yang dibuka di Amerika untuk Disember lalu dalam menilai kesihatan sektor buruh di sana.

RABU (31 Januari 2024):

Data Inflasi Australia (8.30 Pagi) – Kadar inflasi di Australia dijangka akan lebih rendah untuk bacaan bagi suku terakhir 2023 lalu. Bacaan data ini akan memberi petunjuk penting sebelum penetapan dasar oleh bank pusat Australia pada mesyuarat polisi pertama tahun ini minggu hadapan.

Data Pekerjaan ADP AS (9.15 Malam) – Pekerjaan bagi sektor swasta di Amerika akan diukur terlebih dahulu sebelum data NFP diberi tumpuan di penghujung minggu. Ramalan untuk pertambahan terbaru adalah lebih rendah berbanding pada bulan sebelumnya.

Data KDNK Kanada (9.30 Malam) – Pertumbuhan bulanan ekonomi Kanada diramalkan meningkat 0.1% untuk bulan November tahun lalu. Bacaan data ini juga menjadi salah satu indikator buat bank pusat dalam penetapan dasar monetari.

KHAMIS (1 Februari 2024):

Mesyuarat FOMC (3.00 Pagi) – Acara yang ditunggu-tunggu oleh pelabur muncul tiba. Teka-teki masih bermain di minda para pelabur untuk keputusan mesyuarat yang terbaru. Adakah Federal Reserve (Fed) bakal kekalkan dasar sedia ada atau memberi isyarat untuk memulakan penurunan kadar faedah dalam masa terdekat?

Mesyuarat Polisi BOE (8.00 Malam) – Bank pusat England dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 5.25%. Undian oleh ahli mesyuarat dan ucapan susulan oleh gabenor akan menjadi penilaian pasaran untuk gambaran hala tuju polisi yang selanjutnya.

Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (11.00 Pagi) – Tinjauan untuk aktiviti pembuatan di Amerika dilihat sebagai petunjuk semasa dalam menilai kesihatan sektor ekonomi.

JUMAAT (2 Februari 2024):

Data Pekerjaan NFP AS (9.30 Malam) – Penutup dagangan minggu ini dijangka masih akan memberi impak terhadap pergerakan US dolar selepas mesyuarat FOMC. Komponen pada laporan data pekerjaan NFP akan diperhatikan untuk perbandingan angka terbaru yang diterbitkan daripada bulan sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat