• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
5 Data Ekonomi Jadi Tumpuan Pelabur Minggu Ini (3-6 Februari 2026)

5 Data Ekonomi Jadi Tumpuan Pelabur Minggu Ini (3-6 Februari 2026)

3 February 2026
Naib Pengerusi The Fed Tampil Dedahkan Rancangan Perkasakan Sektor Perbankan!

Dulu Sokong ‘Hold’, Kini Michael Barr Pula Berubah Arah: Adakah Ini Petanda?

1 September 2026
Dari Pulau Larak Ke Jordan: Perang A.S.-Iran Meletus Semula Lepas Sebulan ‘Bertenang’!

Dari Pulau Larak Ke Jordan: Perang A.S.-Iran Meletus Semula Lepas Sebulan ‘Bertenang’!

1 September 2026
Inflasi Zon Eropah Terjun ke Rekod Terendah: Adakah ECB Akan Kurangkan Kadar Faedah?

Dilema Besar Bank Pusat: Nak Lawan Inflasi 3.3% Atau Selamatkan Pasaran Rumah?

1 September 2026
Hari Hari Orang Makan, Tapi Kenapa Peniaga F&B Struggle?

Hari Hari Orang Makan, Tapi Kenapa Peniaga F&B Struggle?

1 September 2026
Gempa Di Semenanjung Berkait Dengan Sesar Aktif, Jelas MET

Gempa Di Semenanjung Berkait Dengan Sesar Aktif, Jelas MET

1 September 2026
Analisa XRP: Mampukah Harga Tembusi AS$1.40?

Analisa XRP: Mampukah Harga Tembusi AS$1.40?

1 September 2026
Kenapa Bil Elektrik Makin Mahal Walaupun Tarif Tak Naik?

Kenapa Bil Elektrik Makin Mahal Walaupun Tarif Tak Naik?

1 September 2026
‘Strategy’ Kembali Borong Bitcoin Selepas 10 Minggu!

‘Strategy’ Kembali Borong Bitcoin Selepas 10 Minggu!

1 September 2026
Kuota BUDI95 Naik Semula 300L Sebulan

Kuota BUDI95 Naik Semula 300L Sebulan

1 September 2026
Enam Berita Gembira Untuk Rakyat! Anwar Umum Langkah Baharu

Enam Berita Gembira Untuk Rakyat! Anwar Umum Langkah Baharu

1 September 2026
Geopolitik Panas, Ekonomi Tertekan!

Geopolitik Panas, Ekonomi Tertekan!

1 September 2026
Ringgit Tertekan, Hasil Bon AS Cecah 5.25%

Ringgit Tertekan, Hasil Bon AS Cecah 5.25%

1 September 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Wednesday, 2 September 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    Naib Pengerusi The Fed Tampil Dedahkan Rancangan Perkasakan Sektor Perbankan!

    Dulu Sokong ‘Hold’, Kini Michael Barr Pula Berubah Arah: Adakah Ini Petanda?

    Dari Pulau Larak Ke Jordan: Perang A.S.-Iran Meletus Semula Lepas Sebulan ‘Bertenang’!

    Dari Pulau Larak Ke Jordan: Perang A.S.-Iran Meletus Semula Lepas Sebulan ‘Bertenang’!

    Inflasi Zon Eropah Terjun ke Rekod Terendah: Adakah ECB Akan Kurangkan Kadar Faedah?

    Dilema Besar Bank Pusat: Nak Lawan Inflasi 3.3% Atau Selamatkan Pasaran Rumah?

    Geopolitik Panas, Ekonomi Tertekan!

    Geopolitik Panas, Ekonomi Tertekan!

    Bon Malaysia Tertekan Di Tengah Konflik Iran 

    Bon Malaysia Tertekan Di Tengah Konflik Iran 

    Emas Tertekan Selepas Fed Hawkish! Risiko Geopolitik Kembali Uji XAU/USD

    Emas Tertekan Selepas Fed Hawkish! Risiko Geopolitik Kembali Uji XAU/USD

    Ringkasan Pagi: Pasaran Kembali Bergolak! AS Iran, Fed & NFP Kini Jadi Risiko Utama

    Ringkasan Pagi: Pasaran Kembali Bergolak! AS Iran, Fed & NFP Kini Jadi Risiko Utama

    Kevin Warsh ‘Buka Mulut’ di Jackson Hole: Sedia Naikkan Kadar?

    Kevin Warsh ‘Buka Mulut’ di Jackson Hole: Sedia Naikkan Kadar?

    Tergempar! Trump Cadangkan Kevin Warsh Ganti Jerome Powell di Fed

    Antara Demam AI & Inflasi Yang Degil: Apa Sebenarnya Pelan Kevin Warsh di Jackson Hole?

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Ringgit Tertekan, Hasil Bon AS Cecah 5.25%

    Ringgit Tertekan, Hasil Bon AS Cecah 5.25%

    Ringkasan Pagi: Pasaran Kembali Bergolak! AS Iran, Fed & NFP Kini Jadi Risiko Utama

    Ringkasan Pagi: Pasaran Kembali Bergolak! AS Iran, Fed & NFP Kini Jadi Risiko Utama

    AUD Makin Ganas, GBP Mula Goyang!

    AUD Makin Ganas, GBP Mula Goyang!

    Ringgit Dibuka Tinggi, Pasaran Tunggu Isyarat Fed

    Ringgit Dibuka Tinggi, Pasaran Tunggu Isyarat Fed

    Ringgit Stabil Selepas Laporan PCE, Pasak RM4.02 Berbanding USD

    Ringgit Stabil Selepas Laporan PCE, Pasak RM4.02 Berbanding USD

    Ringgit Dapat ‘Boost’ Ketika Hasil Bon AS Menurun

    Ringgit Dapat ‘Boost’ Ketika Hasil Bon AS Menurun

    Nada Hawkish BoJ Pada September Semakin Pasti, Yen Dipantau

    Nada Hawkish BoJ Pada September Semakin Pasti, Yen Dipantau

    Ringgit Intai RM4.04 Ketika Ketegangan AS-Iran Memuncak

    Ringgit Intai RM4.04 Ketika Ketegangan AS-Iran Memuncak

    Inflasi Jepun Meningkat, BOJ Bakal Naik Kadar?

    Inflasi Jepun Meningkat, BOJ Bakal Naik Kadar?

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    Analisa XRP: Mampukah Harga Tembusi AS$1.40?

    Analisa XRP: Mampukah Harga Tembusi AS$1.40?

    ‘Strategy’ Kembali Borong Bitcoin Selepas 10 Minggu!

    ‘Strategy’ Kembali Borong Bitcoin Selepas 10 Minggu!

    Bitcoin Kembali Bawah $80,000 Selepas Isyarat Hawkish Warsh

    Bitcoin Kembali Bawah $80,000 Selepas Isyarat Hawkish Warsh

    Pegawai Kanan UAE Dilaporkan Kawal 49% Bank Kripto Berkaitan Trump

    Pegawai Kanan UAE Dilaporkan Kawal 49% Bank Kripto Berkaitan Trump

    Bitcoin Seinci Hampiri $82,000, Rally Masih Berterusan?

    Bitcoin Seinci Hampiri $82,000, Rally Masih Berterusan?

    Majoriti Rakyat AS Tolak Kripto Dalam Pelan Persaraan

    Majoriti Rakyat AS Tolak Kripto Dalam Pelan Persaraan

    Kerajaan Terlepas Peluang, $457 Bilion Aktiviti Kripto Tidak Dipantau

    Kerajaan Terlepas Peluang, $457 Bilion Aktiviti Kripto Tidak Dipantau

    Bitcoin Tersekat $80,000, Pelabur Tunggu Data Inflasi AS

    Bitcoin Tersekat $80,000, Pelabur Tunggu Data Inflasi AS

    Pelabur Tidak Yakin Clarity Act Kripto AS Selesai Tahun Ini

    Pelabur Tidak Yakin Clarity Act Kripto AS Selesai Tahun Ini

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    Saham Zetrix AI Terjun 50%, Kejatuhan Cetus Tanda Tanya?

    Saham Zetrix AI Terjun 50%, Kejatuhan Cetus Tanda Tanya?

    Saham Nvidia Melonjak, Nilai Pasaran Cecah $5.5 Trilion!

    Saham Nvidia Melonjak, Nilai Pasaran Cecah $5.5 Trilion!

    Keuntungan Prudential Malaysia Melonjak 59%!

    Keuntungan Prudential Malaysia Melonjak 59%!

    Sports Toto Labur RM17 Juta Dalam Bon Patuh Syariah

    Sports Toto Labur RM17 Juta Dalam Bon Patuh Syariah

    Dell Dalam Radar Pelabur, Dijangka Catat Prestasi Kukuh

    Dell Dalam Radar Pelabur, Dijangka Catat Prestasi Kukuh

    Moderna Umum Vaksin Kanser Positif, Saham Meletup 160%!

    Moderna Umum Vaksin Kanser Positif, Saham Meletup 160%!

    Hartanah Australia Merosot Tapi Saham Pemaju Melonjak 16%?

    Hartanah Australia Merosot Tapi Saham Pemaju Melonjak 16%?

    Pelaburan KWSP Meroket 48% Pada H1 2026!

    Pelaburan KWSP Meroket 48% Pada H1 2026!

    Saham Xiaomi Melonjak 20%, Kini Jadi Buruan Pelabur 

    Saham Xiaomi Melonjak 20%, Kini Jadi Buruan Pelabur 

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Matawang Berita Kalendar Ekonomi

5 Data Ekonomi Jadi Tumpuan Pelabur Minggu Ini (3-6 Februari 2026)

Team INTRADAY by Team INTRADAY
3 February 2026
in Berita Kalendar Ekonomi
0
5 Data Ekonomi Jadi Tumpuan Pelabur Minggu Ini (3-6 Februari 2026)
334
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Ekonomi global menutup minggu lalu dengan tumpuan utama terarah kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Januari, di mana Fed Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedah penanda aras pada paras 3.75%, selari dengan jangkaan pasaran.

Keputusan tersebut mencerminkan pendirian berhati-hati Fed dalam mengimbangi risiko inflasi dan momentum pertumbuhan ekonomi, selepas beberapa siri data menunjukkan ekonomi AS kekal stabil namun belum cukup kukuh untuk menyokong pelonggaran dasar monetari dalam masa terdekat.

Sentimen pasaran bagaimanapun berubah lebih volatil selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencalonkan bekas Gabenor Fed, Kevin Warsh, sebagai Pengerusi Fed yang baharu.

Pencalonan itu mencetuskan spekulasi terhadap potensi perubahan hala tuju dasar monetari, memandangkan Warsh dikenali dengan kecenderungan pendirian lebih tegas terhadap inflasi. Faktor ini mendorong peningkatan turun naik dalam pasaran kewangan, khususnya melibatkan pergerakan dolar AS dan pasaran bon.

SELASA (3 Februari 2026)

Data JOLTS (10.40 Malam)– Laporan pembukaan jawatan pekerjaan atau Job Openings and Labor Turnover Survey (JOLTS) menjadi antara petunjuk penting untuk menilai tahap kekuatan pasaran buruh Amerika Syarikat.

Bacaan sebelum mencatatkan 7.15 juta kekosongan jawatan, manakala jangkaan pasaran bagi terbitan terbaharu meningkat kepada 7.23 juta.

Sekiranya data ini diterbitkan melebihi jangkaan, ia menunjukkan permintaan buruh kekal kukuh, mencerminkan keyakinan majikan untuk terus mengambil pekerja.

Situasi ini menyokong pertumbuhan ekonomi dan berpotensi mengukuhkan dolar AS berikutan jangkaan dasar monetari yang lebih ketat untuk tempoh lebih lama.

Sebaliknya, jika bacaan JOLTS lebih rendah daripada jangkaan, ia boleh memberi isyarat awal bahawa pasaran buruh mula kehilangan momentum, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi. Keadaan ini berpotensi memberi tekanan ke atas USD apabila pasaran mula menilai semula jangkaan kadar faedah Fed.

RABU (4 Februari 2026)

Laporan Pekerjaan ADP (9.15 Malam) – Data ADP Non-Farm Employment Change berfungsi sebagai petunjuk awal kepada prestasi pasaran buruh sektor swasta.

Bacaan sebelum mencatat pertambahan 41,000 pekerjaan, manakala jangkaan terkini meningkat kepada 46,000 berdasarkan pandangan penganalisis.

Sekiranya data ini menepati atau melebihi jangkaan, ia mencerminkan pertumbuhan pekerjaan yang stabil, sekali gus menyokong prospek ekonomi AS dan memberi dorongan positif kepada dolar AS. Bacaan yang kukuh juga berpotensi mengukuhkan jangkaan bahawa Fed akan mengekalkan pendirian berhati-hati terhadap sebarang pelonggaran dasar monetari.

Namun, sekiranya laporan ADP mencatat angka lebih rendah daripada jangkaan, ia boleh mencetuskan kebimbangan terhadap kelembapan pasaran buruh, seterusnya menekan sentimen pasaran dan melemahkan USD.

Data PMI Perkhidmatan (11 Malam) – Indeks Pengurus Pembelian (PMI) sektor perkhidmatan menjadi petunjuk penting tahap aktiviti ekonomi dalam sektor yang menyumbang sebahagian besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS.

Bacaan sebelum berada pada 54.4, manakala jangkaan terkini menunjukkan penurunan sederhana kepada 53.5.

Walaupun mencatat penyusutan, paras melebihi 50 masih menandakan pengembangan aktiviti ekonomi. Sekiranya data menepati jangkaan, ia menggambarkan pertumbuhan sederhana tetapi stabil, menyokong prospek ekonomi yang seimbang.

Sebaliknya, jika bacaan jatuh di bawah paras 50, ia memberi isyarat penguncupan sektor perkhidmatan, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi dan berpotensi memberi tekanan ke atas USD.

KHAMIS (5 Februari 2026)

Mesyuarat Kadar BOE (8 Malam) – Bank of England (BOE) dijangka mengekalkan kadar faedah pada paras 3.75%, selari dengan pendekatan berhati-hati dalam mengimbangi tekanan inflasi dan risiko kelembapan pertumbuhan ekonomi di United Kingdom.

Keputusan mengekalkan kadar mencerminkan usaha BOE untuk menilai keberkesanan pengetatan dasar sebelum ini, di samping memantau perkembangan inflasi yang masih berada di atas sasaran.

Sekiranya kenyataan BOE bersifat dovish, pasaran berpotensi menyaksikan tekanan ke atas pound sterling serta peningkatan selera risiko global.

Sebaliknya, nada hawkish berpotensi menyokong pengukuhan GBP dan mempengaruhi pergerakan mata wang utama lain, termasuk USD, menerusi perubahan aliran modal global.

JUMAAT (6 Februari 2026)

Prelim Sentimen Pengguna Universiti Michigan (11 Malam) – Indeks Sentimen Pengguna Universiti Michigan mengukur tahap keyakinan pengguna terhadap keadaan ekonomi semasa dan prospek masa hadapan.

Bacaan sebelum berada pada 56.4, manakala jangkaan terkini menunjukkan penurunan kepada 55.0.

Sekiranya data ini diterbitkan lebih rendah daripada jangkaan, ia memberi gambaran bahawa pengguna semakin berhati-hati dalam perbelanjaan susulan tekanan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi, sekali gus berpotensi menjejaskan pertumbuhan ekonomi serta memberi tekanan ke atas dolar AS.

Namun, jika bacaan menepati atau melebihi jangkaan, ia mencerminkan keyakinan pengguna yang masih utuh, menyokong perbelanjaan domestik dan pertumbuhan ekonomi, sekali gus memberi sokongan positif kepada USD.

ShareTweetSend

Related Posts

RBA Tak Main-Main! Kadar Faedah Australia Bakal Kekal Tinggi

RBA Tak Main-Main! Kadar Faedah Australia Bakal Kekal Tinggi

by Team INTRADAY
11 August 2026
0

Bank Rizab Australia (RBA) dijangka mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat hari ini untuk pertemuan kedua berturut-turut. Namun, bank pusat itu...

NFP Tumpuan Penting, Mampukah USD Kekal King? (3-7 Ogos 2026)

NFP Tumpuan Penting, Mampukah USD Kekal King? (3-7 Ogos 2026)

by Team INTRADAY
3 August 2026
0

Selepas Rizab Persekutuan (Fed) mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat minggu lalu, tumpuan pasaran kini beralih sepenuhnya kepada kekuatan ekonomi Amerika...

Ulasan Laporan: GDP Perlahan, Inflasi Terkawal Sokong Pendirian Fed

Ulasan Laporan: GDP Perlahan, Inflasi Terkawal Sokong Pendirian Fed

by Team INTRADAY
31 July 2026
0

Data ekonomi terbaharu Amerika Syarikat (AS) mengukuhkan keputusan Rizab Persekutuan (Fed) untuk mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka...

Ulasan FOMC: Fed Kekal Kadar Faedah, Tiga Ahli Mahu Kenaikan

Ulasan FOMC: Fed Kekal Kadar Faedah, Tiga Ahli Mahu Kenaikan

by Team INTRADAY
30 July 2026
0

Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat mengekalkan kadar faedah seperti dijangka, namun keputusan kali ini menunjukkan perpecahan dalam kalangan pembuat dasar....

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Enam Berita Gembira Untuk Rakyat! Anwar Umum Langkah Baharu

Enam Berita Gembira Untuk Rakyat! Anwar Umum Langkah Baharu

1 September 2026
Bon Malaysia Tertekan Di Tengah Konflik Iran 

Bon Malaysia Tertekan Di Tengah Konflik Iran 

1 September 2026
Gempa Di Semenanjung Berkait Dengan Sesar Aktif, Jelas MET

Gempa Di Semenanjung Berkait Dengan Sesar Aktif, Jelas MET

1 September 2026
Naib Pengerusi The Fed Tampil Dedahkan Rancangan Perkasakan Sektor Perbankan!

Dulu Sokong ‘Hold’, Kini Michael Barr Pula Berubah Arah: Adakah Ini Petanda?

0
Dari Pulau Larak Ke Jordan: Perang A.S.-Iran Meletus Semula Lepas Sebulan ‘Bertenang’!

Dari Pulau Larak Ke Jordan: Perang A.S.-Iran Meletus Semula Lepas Sebulan ‘Bertenang’!

0
Inflasi Zon Eropah Terjun ke Rekod Terendah: Adakah ECB Akan Kurangkan Kadar Faedah?

Dilema Besar Bank Pusat: Nak Lawan Inflasi 3.3% Atau Selamatkan Pasaran Rumah?

0
Naib Pengerusi The Fed Tampil Dedahkan Rancangan Perkasakan Sektor Perbankan!

Dulu Sokong ‘Hold’, Kini Michael Barr Pula Berubah Arah: Adakah Ini Petanda?

1 September 2026
Dari Pulau Larak Ke Jordan: Perang A.S.-Iran Meletus Semula Lepas Sebulan ‘Bertenang’!

Dari Pulau Larak Ke Jordan: Perang A.S.-Iran Meletus Semula Lepas Sebulan ‘Bertenang’!

1 September 2026
Inflasi Zon Eropah Terjun ke Rekod Terendah: Adakah ECB Akan Kurangkan Kadar Faedah?

Dilema Besar Bank Pusat: Nak Lawan Inflasi 3.3% Atau Selamatkan Pasaran Rumah?

1 September 2026
INTRADAY.my

2025 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2025 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.