Abaikan Amaran Trump, China Tetap Luluskan Undang-Undang Keselamatan Hong Kong

549

Badan perundangan tertinggi negara, Kongres Rakyat Nasional (NPC) hari ini, telah meluluskan rang undang-undang keselamatan ke atas Hong Kong yang diusulkan minggu lalu ketika persidangan tahunan parlimen dimulakan.

Pengundian terhadap draf perundangan tersebut dibuat pada sesi terakhir persidangan parlimen itu berlangsung, dengan sokongan sebanyak 2,878 undian berbalas 1 tentangan, dan 6 lagi tidak hadir.

Para pegawai China kini diberikan kuasa untuk menyusun draf tersebut dengan lebih terperinci sebelum menyerahkannya kepada pentadbiran Hong Kong untuk dilaksanakan.

Undnag-undang ini akan bertindak bagi menangani tindakan pemisahan, campur tangan asing, keganasan dan semua kegiatan hasutan yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan pusat dan sebarang gangguan luaran di Hong Kong.

Di bawah undang-undang tersebut juga, pentadbiran Hong Kong juga akan diminta untuk menubuhkan institusi baru untuk menjaga kedaulatan, selain turut membenarkan agensi keselamatan China beroperasi secara terbuka.

Resolusi tersebut telah mengakibatkan tunjuk perasaan di bandar dan meningkatkan ketegangan antara Beijing dan Washington, lebih-lebih lagi setelah AS melucutkan status istimewa Hong Kong sebagai hub kewangan dan perdagangan global.

Pergerakan matawang utama dilihat tidak memberi kesan yang ketara memandangkan keputusan tersebut sememangnya sudah dijangkakan meskipun China menerima tentangan dari Amerika Syarikat, Eropah dan Australia.

US dolar terus didagangkan meningkat berbanding beberapa matawang utama lain, disokong oleh permintaan terhadap USD sebagai aset safe-haven di tengah-tengah ketegangan AS dan China yang semakin meruncing.

Perhatian pasaran kini beralih kepada tindakan balas yang akan diambil oleh Amerika Syarikat, di mana sebelum ini Presiden AS Donald Trump mengancam untuk mengenakan sekatan ke atas China dan mengumumkannya pada akhir minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat