Bertambah Parah, Amerika Syarikat Lucut Hak Istimewa Hong Kong!

1,881

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo melaporkan kepada Kongres bahawa Hong Kong tidak lagi menikmati autonomi seperti yang dijanjikan oleh China, dengan melucutkan hak istimewanya di bawah undang-undang AS.

Keputusan ini boleh memberi impak besar kepada ekonomi Hong Kong, di mana ia akan menjejaskan statusnya sebagai hub kewangan global serta hak perdagangan istimewa dengan Amerika.

Undang-undang Hak Asasi Manusia dan Demokrasi Hong Kong yang diluluskan oleh AS tahun lalu, memerlukan Jabatan Negara untuk mengesahkan sekurang-kurangnya setahun sekali bahawa Hong Kong mempunyai autonomi untuk menikmati hak istimewa perdagangan AS yang menguntungkan dan mengekalkannya sebagai hub kewangan global.

Selain itu, Dewan Perwakilan AS, pada Rabu telah meluluskan undang-undang sekatan ke atas pegawai China berhubung pelanggaran hak asasi manusia terhadap minoriti Islam, etnik Uighur.

Perundangan tersebut dipersetujui dengan suara 413 berbalas 1 undian, di mana sebelum ini ia telah diluluskan di peringkat Senat. Ia kini akan diserahkan kepada Presiden Donald Trump untuk dijadikan undang-undang yang sah.

US dolar sedikit menguat berbanding safe-haven yen pada sesi Asia, sementara berbanding matawang euro dan pound pula ia didagangkan lemah menjelang penerbitan data GDP dan tuntutan pengangguran AS malam ini.

Matawang euro terus meraih pengukuhan berbanding US dolar dan pound sterling setelah Suruhanjaya Eropah melancarkan pakej rangsangan baru sebagai dana pemulihan yang bernilai sehingga €750 bilion untuk membantu negara anggota yang terjejas teruk akibat pandemik coronavirus.

Tambahan daripada itu, belanjawan Kesatuan Eropah (EU) berikutnya pula dikatakan akan mencecah sehingga € 1.1 trilion di mana ia turut merangkumi dana pemulihan coronavirus.

Sementara itu, matawang pound kembali mencatat peningkat setelah jatuh berbanding US dolar pada sesi sebelumnya susulan kenyataan perunding Brexit UK, David Frost yang menyatakan UK tetap tegas untuk tidak melanjutkan tempoh peralihan yang akan berakhir 31 Disember ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat