Ada Harta $110 Bilion Bikin Bill Gates Pening Kepala!

4,340

Menjadi seorang jutawan atau paling tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh pastinya menjadi keinginan semua orang. Tiada lagi keluhan “Tunggulah gaji masuk” atau “Bukan keperluan pun” bila akaun sudah paras kritikal.

Tetapi lain pula bagi pengasas bersama Microsoft, Bill Gates.

Individu kedua terkaya dunia selepas Jeff Bezos dengan kekayaan berjumlah $113.6 bilion menyifatkan banyak duit sebenarnya memeningkan kepala kerana menuntut beliau untuk berfikir bagaimana caranya untuk menghabiskan wang tersebut.

Menurut Gates, tidak dinafikan wang tersebut boleh dihabiskan dengan membeli keperluan asas seperti makanan dan pakaian. Namun, tidak ramai yang menyedari sebenarnya keperluan itu juga terhad.

“Berapa banyak pakaian yang akan dipakai? Berapa banyak burger yang akan dimakan?” soalnya apabila membicarakan tentang penyimpanan wang.

Ramai yang tidak tahu, seperti Warren Buffett, Gates juga gemarkan fast food terutama cheeseburger.

Pengarah Urusan Bill & Gates Foundation, Joe Cerrell pernah menyatakan kegilaan Gates terhadap cheeseburger boleh dikatakan saban hari bermula dari sarapan pagi sehinggalah makan malam, individu itu akan memilih cheeseburger dan dalam sehari 3-4 tin Diet Coke pilihannya.

Mungkin di rumah isterinya Melinda Gates tidak gemarkan fast food. Siapa tahu kan?

Namun, tidak bermakna lelaki itu tidak bersyukur dengan kemewahan yang dimilikinya. Gates mempunyai sebuah pesawat peribadi yang banyak membantu hidupnya berjalan lebih efisien dan produktif.

Gates juga menolak idea menyerahkan kesemua kewangannya kepada anak-anaknya; Phoebe (17), Rory (20) dan Jennifer (23).

Menurutnya, berdasarkan kenyataan Buffett suatu ketika dahulu di dalam satu temubual, “Serahkan kepada anak-anak secukupnya, yang boleh membuat mereka rasa cukup untuk melakukan apa-apa sahaja tetapi tidak terlalu banyak sehingga mereka buntu untuk menggunakannya.”

Adakah Gates bersetuju dengan kenyataan Buffett?

Tidak.

Beliau sebaliknya bersama Melinda bersetuju untuk membuat amal kebajikan. Melalui cara itu, Gates percaya akan membawa kepada cara penyimpanan wang yang lebih logik.

Justeru, lahirlah Bill & Gates Foundation di Seattle pada 2000. Walaupun sukar kerana menuntut keinginan bekerja sepanjang masa dan memikirkan penyelesaian kepada isu berbangkit, Gates akui beliau dan isterinya gemar apa yang dikerjakan.

Pertubuhan tersebut telah mengeluarkan dana berjumlah $50.1 bilion sehingga 2018 dengan tujuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan, meningkatkan taraf kesihatan dan membantu negara-negara miskin yang kritikal memerlukan sumber makanan, termasuk meningkatkan taraf pendidikan di Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat