Adakah ALGO Mampu Tembusi Paras $1.10 Minggu Ini?

346

Algorand mainnet mula disiarkan pada Jun 2019 dan ALGO dikatakan mampu menangani hampir 1 juta transaksi setiap hari pada Disember 2020.

ALGO diasaskan oleh Silvio Micali yang merupakan professor sains komputer di Massachusetts Institute of Technology.

Micali beranggap bahawa ALGO direka bertujuan untuk mempercepatkan urus niaga dan meningkatkan kecekapan sebagai tindak balas kepada masa transaksi Bitcoin dan blockchain lain yang perlahan.

Ini kerana ALGO mengenakan kos transaksi yang rendah dan juga ia dikaitkan kepada pesaing terhadap kontrak pintar (smart contract) kepada Ethereum.

Selain itu juga, Algorand dilaporkan menerima sokongan dana daripada pengurusan aset digital, Arrington Capital bernilai $100 juta dalam proses untuk mempercepatkan pembangunan terbaru dalam projek-projek berkaitan Algorand.

Melihat kepada carta ALGO/USDT, nampaknya pergerakan harga kembali menguji zon SBR (support become resistance) sekitar harga $1.0-$1.10 selaras dengan kenaikan harga Bitcoin.

Dari sudut teknikal, pergerakan harga ALGO seperti sedang membuat corak Descending Triangle yang merupakan corak isyarat untuk trend bullish.

Jika corak tersebut valid dan berjaya menembusi zon SBR $1.0-$1.10, kenaikan yang lebih tinggi bakal menguji paras SBR seterusnya sekitar $1.25-$1.30.

Dengan jangkaan kenaikan itu juga, ia bakal memberi isyarat kepada para pelabur bahawa pergerakan harga ALGO bakal membuat perubahan trend yang jelas untuk lonjakan yang lebih tinggi.

Sekiranya harga ALGO terus mengekalkan momentum kenaikan, sasaran harga seterusnya adalah menuju ke paras SBR $1.50 untuk diuji sebelum kembali menguji paras ketinggian sepanjang masa (ATH) di paras harga $1.80.

Namun jika corak Descending Triagle tersebut tidak valid dan kembali menembusi trendline support, pergerakan harga dijangka bakal menguji semula paras sokongan sekitar harga $0.80.

Penurunan ke paras sokongan $0.80 akan memberi reaksi kepada para pelabur bahawa pergerakan harga ALGO bakal kembali meneruskan trend bearish.

Jangkaan penyusutan harga bakal kembali menuju ke paras terendah yang pernah dicapai pada 24 Mei sekitar harga $0.67 sebelum membuat penurunan ke paras harga yang lebih rendah.

Setakat jam 10.30 pagi waktu tempatan, harga ALGO membuat lonjakan melebihi 10% dalam masa 24 jam untuk diperdagangkan di atas paras harga $1.0

Lihat gambar carta matawang kripto ALGO/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat