Adakah Amaran Tsunami di Jepun Memberi Impak Buat Matawang Yen?

134

US Dollar mula berundur daripada kenaikan semalam selepas mencatat keuntungan 10 hari berturut-turut apabila dasar ekonomi Trump terus memberi keyakinan buat pasaran.

Gempa bumi dengan magnitude 7.3 dan amaran tsunami di utara Jepun juga mendorong penjualan spontan dari pelabur-pelabur matawang bagi pair USD/JPY.

USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

US Dollar menyusut kepada 110.48 yen selepas berlegar di paras tertinggi pada Isnin.

US Dollar Index yang melawan 6 matawang utama juga menyusut selepas mencecah paras paling tinggi dalam tempoh 13 tahun.

Untuk 10 hari sebelum ini sahaja, Index ini telah meningkat hampir 5% setelah pentadbiran di bawah pimpinan Trump dijangka akan melonjakkan kadar faedah kepada paras yang lebih tinggi.

Menurut pandangan Daisuka Uno iaitu Ketua Strategi di Sumitomo Mitsui Bank, kepimpinan Trump dianggap memberi keyakinan buat pasaran. Namun perlu diingat, Trump juga telah memecahbelahkan rakyat Amerika serta penyokong Republik sendiri.

Sementara itu, Trump juga berkata sebelum ini bahawa beliau akan menghentikan perjanjian perdagangan Trans-Pasifik pada hari pertama memegang jawatan. Dasar ini dilihat akan mengetatkan lagi hubungan perdagangan antarabangsa antara AS dan negara-negara lain.

Meskipun parasan saham sedikit melonjak dengan dasar perbelanjaan fiskal Trump, pengetatan kawalan perdagangan antarabangsa akhirnya akan menjejaskan matawang banyak negara dengan defisit perdagangan yang besar.

Akibat penurunan US Dollar, Euro mula bangkit dalam sesi ini selepas berapa pada paras $1.0569 Jumaat lalu.

EUR/USD, 30 minit
EUR/USD, 30 minit

Dalam masa yang sama, Pound juga semakin menguat selepas Theresa May tetap dengan pendirian beliau untuk keluar daripada Kesatuan Eropah.

GBP/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit

 

Apa Nasib Pasaran UK Menjelang Pembentangan Bajet Rabu Ini?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat