Adakah Ini Pengakhiran Binance? Pelabur Pantas Keluarkan Dana $5 Bilion!

978

Syarikat gergasi exchanger mata wang kripto Binance menyaksikan jumlah pengeluaran tertinggi pada Selasa semalam dengan nilai $8.78 bilion sementara dana masuk $5.1 bilion yang membawa maksud bahawa aliran keluar bersihnya adalah $3.66 bilion.

Suka dimaklumkan juga bahawa aliran keluar mingguan Binance telah mengatasi Coinbase dengan jumlah sebanyak $3.66 bilion manakala aliran keluar bersih Binance US berjaya melepasi $38.7 juta dalam waktu sama.

Antara syarikat yang mengeluarkan dana daripada Binance adalah syarikat pelaburan Web3, Jump Crypto dengan pengeluaran minggu ini sekitar $18.4 juta dalam Ethereum (ETH) dan $123.4 juta pada minggu lepas.

Namun, Binance dilaporkan masih memegang aset digital bernilai $58.9 bilion dalam Bitcoin (BTC), ETH, BUSD dan Tether walaupun syarikatnya menghadapi jumlah pengeluaran yang semakin tinggi.

Melalui pemerhatian, pergerakan mata wang kripto keempat terbesar yang diasas oleh Binance, BNB telah menyusut sebanyak 2% dalam tempoh 24 jam lalu dan 8% pada dua minggu lepas sungguhpun BTC serta ETH membuat lonjakan.

Rentetan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance, Changpeng Zhao (CZ) menyatakan bahawa kejadian seperti ini pasti akan berlaku terhadap sesebuah perniagaan yang semestinya mempunyai fasa kejayaan ataupun kejatuhan.

Tambahnya lagi, penutupan bank New York yang berperanan untuk menyediakan liquidity telah menjadi punca pengeluaran USDC pada Binance US diberhentikan buat sementara waktu susulan tidak dapat menukar dananya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat