Adakah Kenyataan Bank Negara ini Bakal Menjadikan Forex Trading Legal di Malaysia?

298

Semalam, Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim mengeluarkan kertas cadangan bagi memperkenalkan peraturan baru yang berkaitan dengan pasaran matawang dan tukaran wang asing (forex market). Bagaimanapun, peraturan-peraturan tersebut perlu melalui fasa maklum balas pasaran sebelum diumumkan dan dilancarkan tahun depan.

Bank Negara Malaysia mengambil inisiatif ini bagi meningkatkan etika dan standard professional dalam pasaran kewangan.

Datuk Muhammad Ibrahim memberitahu demikian kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian kerjasama di antara Asian Institute of Chartered Bankers (AICB), Financial Markets Association of Malaysia (FMAM) dan Asian Banking School di Kuala Lumpur semalam.

Dalam ucapan tersebut, Muhammad berkata undang-undang dan peraturan baru itu akan diguna pakai dalam semua aktiviti yang melibatkan tukaran matawang asing dan pasaran kewangan dan segala perkara yang berkait dengan entiti terbabit.

Selain itu, undang-undang ini juga akan diaplikasi kepada syarikat pengrusan dana, syarikat perdagangan elektronik (electronic trading) dan broking sistem. Selain itu, peraturan ini turut akan diaplikasi kepada pasaran bon.

Tambah beliau lagi, perkara ini perlu bagi menjamin pengawasan yang lebih kukuh dan berkesan oleh pihak pengurusan kanan pasaran matawang.

 

Analisis Terkini Pasaran Ekonomi Jepun

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat