Analisis Terkini Keadaan Ekonomi Jepun

567

Bank Pusat Jepun mengekalkan polisi monetarinya (polisi kewangan) dan juga menganjakkan tempoh untuk mencapai sasaran inflasi. Kadar faedah ditetapkan pada -0.10%. Keputusan pada hari ini telah dijangka oleh penganalisis ekonomi di seluruh dunia berdasarkan tinjauan Bloomberg News.

Menurut Atsushi Takeda, penganalisis ekonomi di Itochu Corp, mengatakan, “apa yang lebih penting bagi mereka ialah bergerak terus bagi mencapai sasaran.”

Bank of Japan dijangka akan mencapai sasaran 2% inflasi pada 2018 yang juga berakhirnya tempoh Kuroda sebagai Gabenor Bank pusat Jepun.

BoJ hari ini mengekalkan pembelian bon 10 tahun kerajaan Jepun (10-yr JGB) bagi mengekalkan hasil bon (bond yield) pada 0.00%. Bank Pusat juga akan mengekalkan pembelian bon kerajaan pada jumlah 80 trilion yen (764 bilion USD) setahun.

Ahli lembaga bank pusat mengemaskini jangkaan ekonomi seperti berikut:

  • Ramalan inflasi 2016 diturunkan kepada -0.10 peratus daripada 0.10 peratus.
  • Ramalan inflasi 2017 diturunkan kepada 1.50 peratus daripada 1.70 peratus.
  • Ramalan inflasi 2018 diturunkan kepada 1.70 peratus daripada 1.90 peratus.
  • Jangkaan pertumbuhan ekonomi KDNK 2016 kekal 1 peratus
  • Jangkaan pertumbuhan ekonomi KDNK 2017 kekal 1.3 peratus.
  • Jangkaan pertumbuhan ekonomi KDNK 2018 kekal 0.9 peratus.

Jangkaan yang dikemaskini ini berdasarkan kesukaran bagi ekonomi Jepun untuk menaikkan inflasi sama ada di pihak isirumah atau firma/syarikat. Sebelum ini Kuroda telah memberi isyarat perlunya lebih masa untuk mencapai kadar inflasi 2%.

Kita dapat lihat data-data laporan indikator ekonomi seperti inflasi yang agak lemah sejak beberapa minggu ini. Kita tahu bank pusat mensasarkan kadar inflasi 2% yang kini berada pada paras -0.50%. Situasi ini dilihat sukar bagi Bank of Japan kerana data-data consumer price index CPI (indeks harga pengguna) dan data inflasi lain yang lemah.

Lihat tren tiga jenis data inflasi Jepun yang agak lemah seperti di bawah.

Kadar inflasi Jepun yang semakin menurun ke tahap negatif.
Kadar inflasi Jepun yang semakin menurun ke tahap negatif.

 

 

Indeks Harga Pengguna Jepun yang juga semakin lemah.
Indeks Harga Pengguna Jepun yang juga semakin lemah.

 

 

Indeks Harga Eksport Jepun.
Indeks Harga Eksport Jepun.

 

Bagi penganalisis ekonomi di JPMorgan Chase % Co, Hiroshi Ugai berpendapat bank pusat Jepun hanya akan melonggarkan lagi polisinya pada separuh kedua tahun 2017. Tambahnya, polisi sedia ada memerlukan lebih masa bagi melihat keberkesanannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat