Adakah Lawatan Ini Dapat Mengurangkan Halangan Perdagangan Indonesia Terhadap AS?

53

Dalam lawatan Naib Presiden AS, Mike Pence ke Jakarta, kedua-dua negara bersetuju untuk mencari jalan bagi mengurangkan halangan perdagangan kepada syarikat AS yang beroperasi di negara terbabit.

Pentadbiran Trump sebelum ini meletakkan Indonesia sebagai salah sebuah negara yang diteliti di dalam senarai 16 negara yang mempunyai lebihan perdagangan dengan Amerika Syarikat. Satu siri pertikaian diantara Indonesia dan firma-firma Amerika juga telah menjejaskan sedikit hubungan di antara kedua-dua negara.

Menurut Pence, pentadbiran Trump akan menjalin kerjasama dengan Presiden Jokowi bagi mengurangkan sedikit halangan perdagangan dan pelaburan bagi mewujudkan peluang yang sama rata kepada semua perniagaan terhadap akses pasaran.

Perbincangan tersebut disifatkan berjalan dengan sangat lancar dan terhormat. Pence juga dijadual akan mengadakan perbincangan dengan eksekutif perniagaan di Jakarta sebelum terbang ke Australia dalam lawatan rasmi 10 hari beliau ke Asia Pasifik.

Antara halangan perdagangan di Indonesia termasuklah :

  • kekurangan perlindungan terhadap harta intelek,
  • peraturan yang agak kurang telus dan termasuklah;
  • local content yang diperlukan sebagai prasyarat sebelum sesuatu barangan dapat dipasarkan di pasaran tempatan.

Memetik kenyataan Ketua Pelaburan Lembaga Penyelarasan Indonesia, Tom Lembong berkata Widodo bersetuju dengan hakikat pasaran Indonesia yang mempunyai terlalu banyak peraturan dan halangan yang turut akan membawa kesan negatif kepada pasaran tempatan.

Menurut Lembong kepada Reuters, beliau yakin bahawa Presiden Jokowi dan Presiden Trump merupakan individu yang biasa dengan perniagaan. Justeru, mereka akan memberi fokus kepada isu-isu praktikal yang menghalang perniagaan dan pelaburan.

Dalam pertemuan terbabit juga, tiada pihak yang menyuarakan isu pertikaian Indonesia dengan syarikat-syarikat Amerika yang timbul sebelum ini.

Ulasan Terkini Bagi Matawang EUR, GBP, USD dan JPY dalam Sesi Eropah

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat