Adik Beradik Sehati Sejiwa, XRP & XLM Sama-Sama Meroket!

485

“Wow menarik, agaknya bilalah 2 kripto ni nak tembus $1?”

Menyaksikan pendakian secara ketara sejak lima hari lalu, Ripple (XRP) dan Stellar (XLM) berjaya mengatasi prestasi Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) yang masih bergerak perlahan pada hari Rabu semalam.

Harga XRP yang menyusut semula pada $0.67 selepas menggunung sehingga $0.93 pada minggu lepas dilaporkan meningkat kembali pada $0.85 manakala XLM pula menembusi $0.18 setelah berlegar-legar di bawah paras $0.15.

Menurut Markus Levin, co-founder XYO Network berpandangan kenaikan harga XRP pada 19 Julai 2023 adalah susulan keterujaan berterusan di kalangan pelabur mengenai keputusan mahkamah persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang menetapkan aset digital itu bukanlah sekuriti.

Keputusan itu juga telah mendorong beberapa bursa kripto seperti Coinbase, Kraken dan Bitstamp untuk menyenaraikan semula XRP seterusnya membawa pada lonjakan dalam pelaburan, volum dagangan dan minat terbuka bagi kontrak niaga hadapan.

Bukan itu sahaja, harganya turut menyaksikan kenaikan apabila XRP mengumumkan telah melabur dalam artificial intelligence (AI) termasuk syarikat teknologi dan content metaverse dipanggil Futureverse.

Memang tidak dinafikan XLM mempunyai kes penggunaan berbeza daripada XRP, tetapi kedua-dua projek tersebut berkongsi matlamat sama dan harganya juga canak selepas keputusan XRP yang positif itu.

Harga XLM diramal mempunyai potensi untuk naik lebih tinggi pada masa hadapan susulan setakat ini terdapat lebih daripada 80% pengguna berasa gembira tentang prospek aset digital tersebut.

Sudah sedia maklum keputusan mahkamah persekutuan AS telah berpihak kepada XRP, tetapi perlu diingat kes itu belum selesai sepenuhnya susulan keputusan tersebut masih gagal menjelaskan isu asas yang dapat benarkan XRP termasuk firma kripto lain beroperasi tanpa sebarang isu pengawalseliaan.

Bagaimanapun, seluruh pasaran mata wang kripto sejak beberapa minggu kebelakangan ini melihat pertumbuhan memberangsangkan apabila timbulnya beberapa berita positif seperti makroekonomi bertambah baik dan pemfailan spot BTC ETF.

Sehingga berita ini ditulis, harga XRP melonjak sebanyak 4.15% pada paras $0.82 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $43 bilion manakala XLM pula raih sekitar 22.51% pada $0.16 seterusnya canak 74.17% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat