Aduh! Bekalan Amerika Naik Lagi, Harga Minyak Makin Suram

280

Pasaran minyak mentah kekal suram setelah diperlihatkan dengan bacaan daripada laporan industri yang menunjukkan inventori minyak mentah Amerika Syarikat terus meningkat pada minggu lalu.

Ini sekali gus memberi petanda baharu untuk permintaan yang lemah daripada ekonomi gergasi dunia itu.

Pada sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat didagangkan suram pada $95 setong manakala dagangan minyak Brent sedikit berubah pada $89 setong.

Bekalan minyak mentah AS meningkat sebanyak 2.2 juta tong pada minggu yang berkahir 5 Ogos, meleset daripada jangkaan untuk mencatat penurunan kecil 400,000 tong, menurut data Institut Petroleum Amerika (API).

Ini menyebabkan dagangan minyak terus berlegar di sekitar paras terendah apabila pelabur lebih terkesan daripada kebimbangan terhadap permintaan yang lemah berbanding berita mengenai krisis tenaga di Eropah.

Rusia telah menggantung aliran minyak mentah pada saluran paip Druzhba ke beberapa negara Eropah tengah berikutan isu pembayaran transit.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat