Akhirnya Bitcoin (BTC) Meletus Ke Paras $60,000! Apa Yang Mendorong Lonjakan Ini?

2,388

Hari ini membawa khabar tuah apabila raja kripto, Bitcoin (BTC) menunjukkan pergerakan yang garang, menghampiri paras $60,000 dan tidak mustahil akan kembali menyentuh rekod tertinggi sepanjang masa (ATH), $64,863 pada April.

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $59,669 dengan lonjakan lebih 100% sejak prestasi terburuk pada 20 Julai, di mana pada masa itu aset ini bernilai $29,193.

Dua aset berkaitan projek Bitcoin turut menerima impak positif:

  • Badger DAO (BADGER)
  • Stacks (STX)

Timbul persoalan, apa yang mengundang kepada pergerakan padu daripada Bitcoin?

Pada tengah malam tadi waktu tempatan, Securities and Exchange Commission (SEC) telah memuatnaik satu kicauan bernada: “Sebelum melabur dalam dana yang memegang kontrak niaga hadapan Bitcoin, pastikan anda sudah kenalpasti risiko dan manfaatnya.”

Twit rasmi itu juga turut memuatkan pautan Buletin Pelabur yang memiliki mesej yang sama, dilaporkan oleh Office of Investor Education and Advocacy SEC dan Office of Customer Education and Outreach Commodity Futures Trading Commission (CFTC) pada Jun.

Rata-rata pelabur dari komuniti kripto membuat spekulasi SEC akan meluluskan ETF Bitcoin dalam masa terdekat, menjadi alasan kepada uptrend Bitcoin pada hari ini.

Logiknya, SEC tidak akan memuatnaik buletin terdahulu bersama twit terkini jika tiada alasan lain selain khabar baik mengenai ETF Bitcoin.

Tidak pasti sejauh mana kesahihan spekulasi ini, tetapi dalam laporan CNBC pada 12 Oktober mendedahkan ramalan penganalisis pasaran yang mendakwa kelulusan ETF Bitcoin mungkin akan ditangguhkan sehingga 2022.

Dianggarkan kira-kira 20-40 permohonan niaga hadapan dan ETF fizikal yang sedang menantikan kelulusan SEC.

Pada awal tahun ini, Kanada menjadi negara pertama yang meluluskan ETF pertama, sebelum meluluskan lebih banyak ETF kemudian harinya, diikuti Brazil pada Ogos.

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $59,416 dengan lonjakan hampir 3% dalam 24 jam.

Pada tengahhari tadi, aset ini berjaya menyentuh paras $60,019. BTC perlukan lonjakan lebih 8% untuk kembali meroket ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $64,863 yang direkod pada 14 April.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat