Aktiviti Kilang Pembuatan UK Kekal Tidak Berubah

80

Indeks pembuatan UK (PMI) pada Januari yang dikeluarkan pada Selasa menyamai jangkaan pasaran dengan sedikit kejatuhan dari 56.1 sebelum ini kepada 55.9.

Peningkatan pengeluaran meningkat ke paras tertinggi sejak 32 bulan lalu dengan kenaikan berterusan dalam komponen tempahan. Kenaikan dalam tempahan baru dipengaruhi oleh permintaan domestik.

Terdapat pertumbuhan yang kukuh dalam kesemua sektor dengan kenaikan permintaan yang memberangsangkan dalam sektor perantara.

Harga input pula meningkat ke paras tertinggi sejak 25 tahun lalu dengan tekanan berterusan  kepada kenaikan harga komoditi dan kelemahan Pound. Indeks pekerjaan meningkat kali ke enam berturut-turut pada tempoh sama walaupun pada kadar yang lebih rendah pada Disember.

Tetapi, terdapat kekecewaan dalam komponen eksport, walaupun kadar tukaran Pound agak kompetitif ketika ini. Hal ini disebabkan harga input pengeluaran yang semakin meningkat dan boleh menyebabkan pengeluar di UK menaikkan harga beberapa bulan akan datang dan memberi kesan kepada permintaan dalam sektor pembuatan UK.

Pound (Gbp) terus menguat selepas data in dikeluarkan dengan Gbp/Usd naik hampir 100 pip sejak pukul 5 petang tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat