Aktiviti Pembuatan di China Meningkat ke Paras Tertinggi

54

Ekonomi China berkembang dalam kadar terpantas pada November dengan aktiviti pembuatan mencapai paras tertinggi sejak beberapa tahun lepas dan pertumbuhan dalam perkhidmatan menunjukkan pengukuhan yang berterusan.

Indeks Purchasing Managers (PMI) atau panggilan rasminya Beijing’s official manufacturing purchasing managers’ index, meningkat kepada 51.7 pada November berbanding bacaan pada bulan sebelum iaitu 51.2. Bacaan pada bulan ini merupakan rekod tertinggi sejak pertengahan 2014.

Data ini dikeluarkan setiap bulan pada hari pertama bulan tersebut berakhir.

Data pembuatan PMI ini mengira keadaan terkini perniagaan di syarikat-syarikat besar dan syarikat milik kerajaan. Manakala data Caixin PMI yang turut dikeluarkan hari ini pula mengira indeks keadaan perniagaan dalam sektor kecil dan sederhana (SME).

Manakala data yang dikeluarkan oleh kerajaan iaitu indeks bukan pembuatan berada di paras 54.7 pada November yang meningkat dari 54.0 bulan lepas.

Bacaan PMI di atas 50 menunjukkan pengembangan dalam aktiviti ekonomi China. Sektor pembuatan China berada dalam keadaan pertumbuhan positif sejak empat bulan lepas.

Eknomi kedua terbesar dunia ini telah meningkat tahun ini yang berkembang pada kadar sederhana sebanyak 6.7% dalam tiga suku tahunan terakhir. Walaubagaimanapun, penganalisis memberi amaran bahawa pertumbuhan baru-baru ini berasal dari industry tradisional berkaitan penggunaan elektrik, rel-kargo, dan pinjaman bank. Hal ini disebabkan, usaha Beijing yang menumpukan kepada transisi negara berasaskan perkhidmatan dan penggunaan.

Sejak data ini dikeluarkan pukul 9.00 pagi tadi. Aussie Dolar menguat berbanding US dolar dari paras 0.7389 kepada paras tertinggi hari ini di 0.7420. Australia merupakan negara yang akan terkesan daripada aktiviti pembuatan atau perkilangan China kerana hubungan perdagangan yang agak tinggi antara kedua-dua negara ini. Australia merupakan pengeksport terbesar kuprum (Copper) ke China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat