Aktiviti Sektor Pembuatan China Naik Pada Disember

31

Indeks Caixin yang mengira tahap aktiviti sektor pembuatan berkembang pada kadar yang lebih baik pada Disember. Bacaan kali ini menunjukkan pertumbuhan dalam sektor tradisional yang terus memacu lonjakan ekonomi kepada ekonomi kedua terbesar dunia ini.

Indeks Caixin Purchasing Managers (PMI) ini mencatatkan bacaan 51.9 pada bulan Disember jika dibandingkan dengan 50.9 pada bulan sebelum. Bacaan ini juga lebih baik dari jangkaan pasaran iaitu 50.7.

Sebarang bacaan yang berada di atas 50 menunjukkan aktiviti yang berkembang dan keadaan perniagaan yang baik dan sebaliknya bacaan di bawah 50.

“Sektor pembuatan China terus meningkat dengan majoriti sub-sektor menunjukkan prestasi lebih baik. Walaupun begitu, kita masih perlu meneliti, adakah kestabilan ekonomi masih belum kukuh yang disebabkan oleh ketidaktentuan harga pengguna dan harga pengeluar”. Kata Zhengsheng Zhong, Pengarah Analisis Makroekonomi di CEBM Group

Awal sebelum ini China juga mengeluarkan indeks PMI untuk syarikat-syarikat besar dan milik kerajaan (Beijing’s official PMI) yang menunjukkan bacaan indeks yang semakin perlahan iaitu 51.4 berbanding 51.7, manakala dalam sektor bukan-pembuatan pula melemah kepada 54.5 dari 54.7.

Seperti juga laporan awal itu tadi, Caixin mengira indeks pembuatan di syarikat yang bersaiz kecil dan sederhana.

Sejak data ini dikeluarkan pukul 9.45 pagi tadi. Aussie Dolar menguat berbanding US dolar dari paras 0.7204 kepada paras tertinggi hari ini di 0.7231. Australia merupakan negara yang akan terkesan daripada aktiviti pembuatan atau perkilangan China kerana hubungan perdagangan yang agak tinggi antara kedua-dua negara ini. Australia merupakan pengeksport terbesar kuprum (Copper) dan biji besi (iron ore) ke China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat