Aktiviti Sektor Pembuatan UK Naik Mengatasi Jangkaan Pasaran

43

Indeks sektor pembuatan UK (UK PMI manufacturing index) menguat ke paras 56.1 pada Disember dari paras 53.6 pada November yang juga mengatasi jangkaan pasaran iaitu 53.3.

Bacaan ini merupakan yang tertinggi dalam jangka masa 30 bulan dan jauh mengatasi paras jangkaan. Pengeluaran dan tempahan sektor ini mengukuh pada Disember berikutan peningkatan dalam pelaburan sektor ini.

Indeks ini boleh digunakan untuk mengukur tahap kestabilan ekonomi UK, kerana sampelnya yang besar dengan tinjauan terhadap 600 orang purchasing manager di UK. Bacaan di atas 50 menunjukkan peningkatan dalam sektor ini dan sebaliknya bacaan di bawah 50.

Pengukuhan bacaan pada Disember memberi syarat terhadap keyakinan dalam sektor pembuatan dan bukti peningkatan dalam pelaburan barangan di UK.

Data ini juga akan memberikan penelitian yang berterusan dari Bank of England (BoE) terhadap tahap inflasi UK. Selepas ini data indeks sektor pembinaan dan perkhidmatan pula akan dikeluarkan masing-masing pada Rabu dan Khamis. Sebarang peningkatan dari kedua-dua data ini akan meningkatkan potensi kepada polisi pelonggaran dalam masa terdekat.

Pasangan matawang Gbp/Usd naik dari paras 1.2261 ke paras 1.2294 sejurus data ini dikeluarkan berikutan bacaan yang positif dan tinggi dari jangkaan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat