Aktiviti Sektor Pembuatan US Semakin Kukuh Pada November

44

Aktiviti sektor pembuatan berkembang pada November di paras tertinggi sejak lima bulan lepas yang menunjukkan pengeluar di Amerika mungkin dapat menarik nafas lega kerana dapat melihat pengukuhan dalam permintaan domestik.

Data yang dikeluarkan oleh Institute for Supply Management ini melaporkan bacaan indeks yang meningkat ke paras 53.2 dari 51.9 sebelum ini. Bacaan di atas 50 menggambarkan industri yang sedang berkembang manakala sebaliknya bacaan di bawah 50.

Dalam masa yang sama, pemulihan dalam pelaburan perniagaan akan dapat membantu kepada prospek yang lebih cerah di pihak pengeluar. Industri juga mungkin akan terkena tempias semula berikutan penguatan nilai US dolar yang akan mengurangkan permintaan terhadap barangan US dalam pasaran eksport.

Indeks bagi kiraan pengeluaran meningkat kepada 56 pada November yang merupakan catatan tertinggi sejak Januari 2015 dari paras 54.6 pada bulan Oktober. Indeks bagi tempahan meningkat kepada 53 dari 52.1 bulan sebelum dengan indeks kiraan permintaan eksport jatuh sedikit kepada 52.

Manakala dala indeks gunatenaga pula jatuh ke paras 52.3 dari 52.9 bulan sebelum yang menunjukkan pertambahan pekerjaan yang semakin perlahan.

Federal Reserve telah membayangkan akan menaikkan kadar Fed Fund Rate dalam mesyuarat bulan ini. Jika hal ini terjadi, kenaikan ini merupakan yang pertama dan satu-satunya kenaikan pada tahun ini. Pihak The Fed telah melihat pengukuhan dalam pasaran buruh dalam beberapa bulan lepas dan juga data-data inflasi yang semakin baik.

Setakat pada masa artikel ini ditulis, pasaran memberi respon yang minimal sejurus data ini dikeluarkan, kecuali kepada pasangan matawang Usd/Cad yang menyusut hampir 30 pip dan juga Usd/jpy susut 25 pip.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat